Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

The Portrait

Gambar: Berdiri Dari Kiri: Abg Long, Abg Yang, Abg Lang, Iman Aufa, Kak Lang, Kak Long, Mariam, Kak Yang, Kak Nyah.
Duduk Dari Kiri: Muhammad, Abg Ngah, Ammar, Husna, Abg Cik, Kak Cik, Kak Ulfa, Iman Insyirah, Ummi Sarah.



                              

Gambar-gambar di atas, telah diambil pada tahun 2010, semasa hari pernikahan Abang Asrar, di rumah pengantin perempuan. Kami kesemuanya ada lapan adik beradik, tapi bila tengok dalam gambar macam sikit je.heh. Walau apa pun, Amin senang hati dan bersyukur kerana bersama dalam usrah Ust Mohd Amin dan Ustzh Sarah. May Allah bless us.Waktu ni, memang Amin sedang berisi(haha),sebab kuat makan di rumah. Kui3.

~Terasa rindu pula.~

TQ, WS.

Sunday, May 29, 2011

Love the Smell

Bismillah,
2 days ago, I went back to my original home. Huhu,Perak is full with memories. The smell of home is missed tremendously.hu. The entire of siblings gathering in a house since we are kid, it reminded me to the past. Huhu..

Eventhough its just 2 days, I still exhausted with time to be gathered with them. Ummi and others are so special, so that makes the home smell with beautiful memories.

The home is so great. I fell, cry, sick, and bless with love in that house.Huhu.

All of you will be in my du'a. amiin. Thanks every body. May Allah bless you.

TQ,Ws.

Sunday, May 15, 2011

She is So Amazing


This woman is stronger than 8 human being. Why? 
Because She could raise 8 children without complaining.

She is the best cook ever. Why?
Because she can cook everything deliciously to her children.

She is the beautiful. Why?
Because she gives birth 8 handsome and beautiful children.

She is very busy. Why?
In her day, she will keep our home, house chores always done by her solely, food is prepared by her, and teaching villagers Quran and Kitab.

While her night is colored with Qiamullail and Quranic recitation. Her tears never dry out in her prayer.

She is so amazing. Why?
Because I will not type this post without her. There are so many sacrifies and kindness she had give to her children. Education and love both are immeasurably.

She is HJH SARAH BINTI HJ ZAKARIA. My beloved ummi.. I love you Ummi..

TQ

Monday, April 25, 2011

Bercukur..


In Islam, baby will 'bercukur'(actually, I dont know how to express that word in English).. So do same with Amni Syahmina, my cute niece. She already 'bercukur' yesterday. hehe. Below, there have some pictures of her new hair style. kih3.. Even though her appearance looks a slightly different, but she is so so so cute!! Amazing insan.. hehe






TQ

Wednesday, April 20, 2011

When She was Born

The day was 17th April 2011, Sunday. A girl had born at Hospital Sg. Buloh.. Hehe, that's my new niece! Alhamdulillah.. Her parents, Abg Hasrul n Kak Aqilah named her, with a beautiful meaning: AMNI SYAHMINA.. It's mean: "knowlegable of  tranquil" or "tenang yang cerdik".. Hehe.. She is really cute.. Trust me, she is so small and smooth.. 


       When she was born, everyone be grateful and happy.. Amni, you make us be fortunate.. Everyone of family really want to see you since your 1st day seeing the world. Welcome to our family, your new usrah.. 



        When she was born, everyone want to watch your face and touch you. Your nose, your eyes, your fingers and your legs, those are small and beautiful.. Your tears breaks the sound of environment.. Even though your cry makes a great noise, but, its so beautiful.. We feel the blessing that you bring along with.. (Terharu bila dengar Amni nangis).. huuu


        When she was born, we, your family love you..

      Yeah! We love you AMNI SYAHMINA! kih3


TQ

Wednesday, January 12, 2011

Sebentuk Cincin Bermata Satu

~Cerpen ini aku 'copy' daripada sebuah website. Cerpen ini bagus. Sebagai kisah menyentuh jiwa, inshaAllah boleh membuatkan kita mengenali nilai kasih sayang seorang ibu..~


      Waktu kecil-kecil dulu, aku sering cemburu pada ibu. Bukan cemburu kerana ibu lebih cantik atau menawan dariku. Tapi aku cemburu bila melihat ibu selalu membeli barang-barang keperluan dirinya yang pelbagai. Ibu selalu membeli baju-baju baru, yang kebanyakannya disimpan di dalam almari usangnya. Boleh dikatakan setiap bulan, ibu akan membeli kain ela baru untuk dibuat baju. Kadang-kadang ibu beli tanpa memberitahuku. Tahu-tahu, sudah tergantung di dalam almari. Pakaian ibu cantik-cantik dan sebagai anak yang sudah meningkat remaja (14 tahun) aku akui rasa cemburu setiap kali ibu menunjukkan pakaian barunya sedangkan aku waktu itu, jarang dibelikan persalinan yang baru.

     Satu lagi yang membuat aku sebal dengan sikap ibu ialah, ibu selalu membazir duit dengan membeli barang-barang kemas yang pelbagai bentuk. Cincinnya hampir semua jari ada tersisip. Rantai leher ada lima utas. Yang satu bergulung-gulung hingga ke dada. Yang satu lagi bulat-bulat bagai kepingan syiling lima puluh sen. Ibu sanggup berhutang hanya untuk mendapatkan rantai baru. Aku tidak tahu apa keperluan semua itu. Aku lihat jiran-jiran ibu juga begitu. Kerlipan emas sarat di leher, tangan dan jemari. Aku tidak tahu apakah itu satu pemandangan biasa atau keperluan bagi orang-orang yang seusia dengan ibu.

     Yang sebetulnya, aku kecil hati kerana ibu tidak pernah membelikan barang kemas walau sepasang anting-anting pun untuk aku. Aku jadi sakit hati juga kerana kakak-kakakku masih lagi mendapat sekurang-kurangnya sebentuk cincin dari ibu. Biasanya
cincin yang ibu rasakan sudah lama dipakai, ibu akan berikan kepada kakak-kakakku, tetapi tidak aku. Ini membuatkan aku betul-betul sakit hati.

"Mak ni, asyik beli rantai...jee. .. kan mak dah banyak rantai.."Aku membebel satu hari bila mak menunjukkan seutas rantai yang baru dibeli. Juga secara hutang.

"Tak apalah Nana, mak saja simpan banyak-banyak. Mana tahu, mungkin berguna satu hari nanti. Lagipun rantai ni ayah kamu dah janji lama nak belikan mak dulu..."Aku muncung dengar mak jawab begitu.

"Asyik belikan mak....aje. Orang punya takde belikan pun..."Aku mencebik. Seharusnya aku anak perempuan yang bongsu patut dilebihkan dalam segala hal. Tapi ibu tidak pernah bersikap begitu.

"Ibu belikan kak yah dan kak Ani cincin, tapi Nana ibu tak belikan apa-apa pun..."

"Nana kan masih sekolah. Kalau Nana nak pakai barang kemas, tunggu dah kerja esok."Begitu selalunya ibu membahasakan aku. Sakit hati aku.

      Tambah sakit hati, bila saja Ayah dapat hasil kebun lebih, ibu menukar rantainya dengan yang lebih besar lagi. Ayah tidak pula marah. Pelik aku dengan sikap ayah.

      Lama-lama aku jadi malas untuk melayan sakit hatiku lagi. Bila aku terlihat cincin atau rantai baru dileher ibu, aku hanya diam saja. Aku tidak mahu bertanya apa-apa. Sehinggalah aku masuk ke asrama di bandar dan mengambil SPM. Setiap kali aku pulang dari asrama, aku lihat ibu masih dengan hobinya mengumpul barang-barang kemas.

      Bila aku mendapat tawaran belajar di universiti, aku tidak tahu sama ada ibu gembira atau sebaliknya. Kerana dalam keluarga belum pernah ada anak-anaknya yang berjaya belajar di universiti. Aku tidak kisah kalau ibu tidak berbangga dengan hasil usahaku kerana sedari kecil memang cita-citaku untuk ke universiti begitu kuat sekali. Kini hasratku itu telah tercapai dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan selain kejayaan ini.. Aku sudah boleh hindarkan perasaan cemburu andai ibu lebih sayangkan kakak-kakakku atau ibu lebih sering membelikan pakaian atau perhiasan untuk mereka berbanding aku. Memang aku bukanlah manja sangat dengan ibu kerana 3 tahun aku di asrama.

     Sepanjang tempoh itu aku tidak kisah lagi kalau ibu tidak belikan langsung apa-apa untuk aku. Aku tidak perlukan barang-barang kemas begitu dari ibu. Aku boleh beli sendiri bila aku sudah bekerja nanti. Yang penting aku sudah buktikan yang aku lebih bijak dari kakak-kakakku yang lain.

     Masuk tahun kedua pengajian, aku sering mengalami lemah badan dan pening-pening yang keterlaluan. Kadang-kadang aku terpaksa ponteng kelas dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelajaranku. Aku tidak pernah mengadu pada sesiapa walau dengan
ibu. Kerana aku tidak pernah merasakan ibu akan memberi perhatian kepadaku. Sehinggalah aku pitam sewaktu beratur mengambil makanan dan hanya tersedar bila merasakan genggaman di jemariku. Wajah ibu yang penuh garis-garis halus itu aku tatap pilu dan terasa ada getaran dalam dadaku. Betapa aku tidak pernah membelek wajah itu sungguh-sungguh sebelum ini. Dan baru aku sedari betapa berbezanya wajah ibu kini.

     Aku cuba bersikap seperti biasa bila doktor memaklumkan akan keganjilan darahku yang menyebabkan ia tidak dapat mengalir senormal mungkin. Penyakitku belum diketahui, tetapi darahku harus dicuci. Aku juga harus menjalani pembedahan dibahagian buah pinggang. Sejak itu ibu mengunjungiku saban hari. Dia membawakan apa-apa saja yang dirasakan menjadi kegemaranku. Suatu hari, bila ibu bawakan aku lepat pisang makanan kegemaranku aku jadi begitu terharu lalu aku menangis teresak-esak. Tapi aku hanya menangis dalam diam-diam. Aku terlalu menghargainya tetapi aku tidak tahu bagaimana untuk meluahkan. Aku tidak mahu dia melihat aku seperti terlalu berharap akan kasih sayangnya.

     Saban hari ibu menemani dan menyuapkanku makan, aku mula sedar betapa ibu juga menyayangiku, cuma mungkin dia tidak atau kurang menunjukkan perasaannya. Aku jadi malu kerana sering beranggapan ibu menyisihkanku. Beranggapan yang ibu tidak mengendahkanku semata-mata kerana dia tidak pernah membelikan apa-apa untukku. Setiap kali ibu ingin pulang, aku teringin sekali memeluk dan mencium pipi ibu, tetapi aku rasa janggal dan malu untuk melakukannya. Aku hanya mampu mencium tangan ibu seperti selalu.

     Aku tidak mengharapkan ibu menemaniku setiap hari. Bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku tidak mahu dia menghabiskan wang semata-mata untuk berulang alik dari rumah ke bandar. Pendapatan ayah bukanlah besar sangat. Tambahan adik lelaki masih belajar di menengah. Pembedahanku pula terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan wang. Aku terpaksa mendahulukan wang biasiswaku tetapi ia masih tidak mencukupi.

     Semalam, ibu tidak mengunjungiku. Hari ini juga tidak. Hanya Ayah yang terpacul tengahari itu dengan membawa khabar gembira. Wan g yang dikumpul telah mencukupi dah aku akan dibedah secepat mungkin. Bila aku bertanyakan ibu, Ayah menyatakan ibu tidak berapa sihat dan tidak dapat datang. Aku menunggu hari esok dengan sabar.

     Pagi itu aku disorong ke bilik pembedahan. Aku tidak tahu berapa lama pembedahan tersebut. Bila tersedar aku melihat wajah ayah dan kedua kakakku di sebelah. Aku mencari wajah ibu tetapi tiada. Sedang wajah-wajah didepanku terlihat mendung dan muram. Aku tidak tahu apakah mereka tidak gembira melihat aku selamat dibedah.

"Mak mana, ayah?'Aku bersuara perlahan. "Kenapa mak tak datang?" Ayah tidak menjawab sebaliknya hanya memandangku dengan mata yang mula berkaca.

Setelah berkali-kali aku bertanya, Ayah memelukku erat sambil berbisik ditelinga. Aku terjelepuk dan tidak sedar diri selepas itu.

     Kata ayah, ibu baru semalam disemadikan. Ibu tidak dapat diselamatkan setelah parah dilanggar motorsikal dari belakang. Aku tidak dapat menahan hiba bila ayah menyatakan, ibu baru saja beberapa langkah keluar dari sebuah kedai pajak apabila tubuhnya disambar motorsikal yang dipandu laju. Ibu dikejarkan ke hospital dan sempat menyerahkan bungkusan itu sebelum menghembuskan nafas.

     Kata ibu, bungkusan itu untuk aku. Tanganku terketar-ketar saat membuka bungkusan kain perca itu. Terlihat sebentuk cincin halus yang bermata satu. Cincin itu untuk aku. Ibu telah menebus semula cincin itu untuk dihadiahkan kepadaku. Bila aku harus
menjalani pembedahan, dan wang yang terkumpul masih belum mencukupi, ibu telah menggadai semua barang-barang kemasnya hingga tiada satu yang tersisa. Hanya tinggal cincin itu untuk diberikan kepadaku. Ibu bercadang untuk memberikannya kepadaku bila aku sembuh nanti.

     Akhirnya, ibu berikan juga aku sebentuk cincin. Bukankah itu yang selalu aku harapkan selama ini? Adakah ia telah dapat membayar segala rasa iri hatiku selama ini? Tiba-tiba aku rasa dunia ini begitu sepi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan jauh oleh orang yang amat aku perlukan .Kenapa baru sekarang aku sedar segunung intan permata pun tidak akan mampu menandingi
kebahagian memiliki seorang ibu. Dan segunung intan permata juga tidak dapat membayar air mata seorang wanita yang telah melahirkan aku.

     Aku cintakanmu duhai ibu.

Sunday, December 19, 2010

5 Hari yang Berharga!

~~Sebenarnya, post ini telah lama ingin aku titipkan ke dalam blog, namun terdapat beberapa halangan yang menyebabkan hajatku ini tergendala selama beberapa minggu.~~

~~Hari pertama, 30.11.2010~~
       Pada 2.12.2010, khamis, merupakan tarikh bermakna kak ulfa. Dia telah diiktiraf sebagai siszawah sarjana muda perbankan Islam di konvokesyen UITM Dungun. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kak Ulfa.
       Kami sekeluarga mula bertolak dari Perak pada 30.11.2010, selasa ke destinasi utama kami, ke Dungun. Perjalanan dari Perak ke Terengganu merupakan perjalanan yang sangat panjang kerana kami perlu  melalui jalan di Kuala Lumpur dan Pahang terlebih dahulu sebelum menjejaki Terengganu. Ditambah lagi dengan keadaan dalam kereta yang agak sesak, sarat dengan penumpang. Kami menaiki kereta Myvi, 2 orang di hadapan dan 4 orang di belakang, jumlahnya 6 orang. Heh, itu sudah melebihi had penumpang. Semasa di dalam kereta, habis sakit-sakit badan kami sebab lenguh duduk dalam sempit, susah nak baring dan bergerak. Tapi, tak tahula macam mana aku masih boleh tidur lena dalam sempit tempat duduk tu. Bertolak pada  malam hari lebih kurang pukul 11.00mlm bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta menjimatkan masa perjalanan. Dalam perjalanan ke Terengganu, kami singgah di rumah kak Aqilah yang terletak di Klang untuk bermalam sebelum waktu subuh menjelma. Bila sahaja aku membuka mata, “mashaAllah!” sakitnya tengkuk… haha, itulah dia penangan tidur tak betul.

Gambar: Rumah Abang Hasrul dan Kak Aqilah.

Gambar: Kawasan halaman rumah yang memanjang, hingga boleh memuatkan 4 biji kereta Persona.



~~Hari kedua, 1.12.2010~~
       Di rumah kak Aqilah, aku dan adikku mariam, kami berpecah dengan kereta Myvi untuk mengelakkan masalah kesesakan penumpang. Jadi kami menumpang kereta kak Aqilah bertolak ke Terengganu. kereta Myvi yang dipandu abang Asrar bergerak terlebih dahulu sebelum waktu Subuh, manakala abang Hasrul(suami kak Aqilah) bertolak selepas menunaikan solat Subuh.
      Perjalanan kami mengambil masa yang agak panjang, melepasi sempadan negeri Pahang ke Terengganu bukanlah sesuatu yang singkat masanya. Jalan yang bengkang-bengkok serta beralun menjadikan pemandu-pemandu kami seolah-olah berada di litar Sepang. Haha, lajunya abang Hasrul pandu, jadi cuak aku dibuatnya. Namun, dengan adanya Allah sebagai tujuan kami, membaca doa menaiki kenderaan membuatkan diri kami berasa selamat, seolah-olah Allah ada meletakkan sesuatu pelindung pada kereta kami.
“Innamal A’mal binniyyat”, “sesungguhnya segala sesuatu yang dikerjakan adalah bermula daripada niat”. Oleh itu, jika baik niat kita, maka Allah akan memberikan kita yang baik, tetapi jika sebaliknya, Allah juga akan memberi kita yang tidak baik”.
Akhirnya… Kami selamat sampai ke Terengganu lebih kurang pukul 10.40pg. Alhamdulillah. Allah telah memudahkan urusan kami.
          Destinasi pertama kami ialah UiTM Dungun. Kak Ulfa mempunyai taklimat konvo dan terus mengambil jubah konvo di sana. Sementara menunggu bakal siswazah itu habis taklimat, kami mengambil ruang untuk makan tengah hari di kawasan berhampiran UiTM tersebut. Terdapat beberapa Kedai makan di sana. “Subhanallah!” cantik sungguh pemandangan di kawasan UiTM ini. Universiti tersebut dibina benar-benar berhampiran dengan pantai. Daripada kedai makan kami duduk, boleh nampak laut berombak serta daun-daun pokok kelapa berlambai kesan ditiup angin laut yang mendamaikan. “Kak Ulfa mesti suka berangan-angan kat tepi pantai ni, hehe” bisik hatiku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah, diberinya kita segala yang baik agar manusia berfikir tentang kekuasaan Allah. Mana mampu manusia itu sendiri yang mencipta angin dan air laut. 


 Gambar: Kami ni restoran, makan ais kacang dan nasi kukus ayam berempah. Sedaap!


Gambar: pemandangan pesona pantai dari restoran kami makan.


“…..Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan(tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan……” ( Ar-Rum : 8)
Kita mestilah berfikir untuk apa Allah menciptakan semua itu, tidak lain untuk melihat kebesaran Allah s.w.t.
        Seterusnya kami bergerak ke Villa yang telah disewa. Kami telah menempah 2 villa. Tempat tersebut diberi nama ‘Six Villa Inn’. Aku berasa agak selesa dengan ruang dalaman yang serba lengkap dan agak luas.







Video: Husna, Muhammad dan Nuha melompat-lompat atas katil aku. Haih..

        Selesai solat fardu Zohor jama’ Asar, kami sekeluarga menuju ke Kuala Terengganu (KT). Disebabkan ini adalah pengalaman pertamaku di Terengganu, oleh itu, aku agak teruja berada di negeri rantau abang ini. Di Kuala Terengganu, kami bercadang untuk ke Masjid Kristal dan beberapa tempat menarik di sekitarnya. Namun, akibat kesesakan jalan raya dan jarak dari Dungun ke KT yang agak jauh menyebabkan kami sampai ke destinasi agak lewat. Mujurlah sudah solat Asar waktu itu.
        Sesampai sahaja di Masjid Kristal lebih kurang pukul 6.45ptg, kami berkumpul dan melihat keunikan masjid tersebut. Memang unik masjid ini. Dibina diatas air, dan hampir seluruh badan luar masjid itu adalah daripada bahan berupa kaca. Sebab itu ia digelar masjid Kristal.
Gambar: Inilah Masjid Kristal!





Gambar: Abang Asrar posing dengan isterinya.


       Aku sempat mengambil peluang melihat ruang binaan dalaman masjid tersebut. Boleh nampak tulisan-tulisan khat yang menaikkan nilai-nilai Islam didalamnya. Daripada ruang dalam masjid, boleh nampak laut dan jambatan jalan raya di luar seolah-olah masjid ini tiada dinding. Kehadiran kami yang agak senja membolehkan kami melihat matahari terbenam daripada masjid tersebut. Suasana semakin indah apabila lampu-lampu di sekitar masjid dan jalan raya mula bernyala. Pelbagai warna lampu menghiasi dinding Masjid Kristal ini. Menjelang masuknya waktu Maghrib, kami bergerak ke destinasi lain. Disebabkan beberapa perkara, kami telah berniat menunaikan solat jama’ ta’khir sahaja. Ada beberapa tempat menarik yang tidak sempat kami kunjungi kerana telah tutup akibat kelewatan sampai ke KT. Itu tidak menjadi masalah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Redha sahajalah.
Gambar: Ruang dalaman masjid yang Unik.

 
       Walaupun masjid ini kelihatan indah, namun, penghuni jemaah masjid ini tidaklah begitu banyak kerana kedudukan masjid ini dibina agak jauh dari kawasan petempatan. Inilah kontranya. Aku tidak begitu setuju jika masjid yang indah sebegini dibina kerana ingin menarik pelancong semata-mata. Semoga rumah Allah ini  meriah dihujani para mukmin untuk beribadah.



Gambar: Abang Asrar dan isterinya, kak Aida.


Gambar: Keunikan dan kecantikan lampu serta kialauan masjid kristal bila senja menyusul datang.

Gambar: Ummi tercinta sedang melihat masjid Kristal dari jambatan kayu yang disediakan.


        Dalam perjalanan pulang semula ke Dungun, kami sempat singgah shopping complex KT, My Din. Besar sungguh My Din kat sini, tempat parkir kereta yang sebegitu luas disediakan pun masih tidak mencukupi dan sesak sarat dengan kereta-kereta yang nak memarkir.

Gambar: Kak Ulfa, Husna dan Nuha. 


Gambar: Nuha di depan, manakala ummu dan abunya dibelakang, sedang memilih barang untuk dibeli.


Gambar: Sempat juga Muhammad dan Nuha naik kereta lagi? (heh)

Gambar: Husna menunggu giliran kot. heh




           Makan malam kami pada malam itu adalah di restoran di My Din. Semasa hendak kembali ke kereta  masing-masing untuk pulang ke Dungun, aku tertarik pada satu sinaran lampu merah di atas bukit yang mana sesiapa pun boleh nampak dengan jelas lampu tersebut. Ianya telah dibentuk menjadi tulisan “Allah peliharalah Terengganu”.

Gambar: Lampu yang tertulis Allah Peliharalah Terengganu. Sangat besar lampu ini. Sejuk hati membacanya.

         Setibanya kami kembali ke villa, aku mengambil peluang membaringkan badan dan sahaja-sahaja merehatkan diri sebelum menunaikan solat fardhu jama’ ta’khir. Usai Solat dan membaca Quran, tiba-tiba kendengaran bunyi budak-budak gelak di bilik sebelah. Aku pergi menjenguk bilik kak Ulfa. Ternyata, di situ ada Husna dan Muhammad( anak-anak sedara) sedang bergambar menggayakan diri mereka dengan memakai jubah konvo kak Ulfa. Comel pula gaya diorang ni. Hehe.
 Gambar: Husna nampak dah matang dan serius

Gambar: Muhammad memang tak matang, selalu main-main kalau orang serius nak tangkap gambar dia.


~~Hari ketiga, 2.12.2010~~
        Ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh kak Ulfa, hari konvokesyennya, hari menerima segulung sijil ijazah, hari dia diiktiraf sebagai seorang bersarjana muda perbankan Islam. Bagi orang yang tidak berkenaan seperti aku, langsung tiada rasa berdebar-debar pun. Kalau nak tumpang gembira tu, boleh la juga,(hehe).. Pagi-pagi lagi usai sarapan, kak Ulfa meminta aku untuk menghantarnya ke UiTM Dungun lebih awal untuk bertemu dengan kawan-kawannya dan terus pergi masuk dewan bersama kawan-kawannya.
        Kami sekeluarga bertolak dari villa ke konvokesyen UiTM Dungun pada tengah hari, kecuali ummi, mariam, abang asrar dan kak Aida. Mereka bertolak lebih awal ke UiTM Dungun pada hari itu. Selama program tersebut berlangsung kami duduk di luar dewan, tempat duduk yang disediakan. Aku sudah berasa bosan duduk statik kat situ. Kami pergi ke tepi pantai melihat laut dan mendapatkan sedikit ketenangan bayu laut di sana.
Gambar: Muka Husna sudah bosan.

Gambar: Kak yang dan Abang Yang sudah tak sabar nak bagi bunga. Lama betul menunggu. Heh 

Gambar: Laut

Gambar: Nuha sudah mengantuk.



Video: Semasa persembahan nyanyian di sana, Muhammad dan Nuha menari-nari. Luculah..hehe

       Tiba-tiba hujan renyai pula turun. Cepat-cepat kami masuk ke halaman Universiti balik. Tak sempat nak tangkap lebih banyak gambar keindahan laut di UiTM Dungun. Seronok tengok Muhammad dan Imtinan Nuha lari mencicit-cicit masuk dalam UiTM balik (hehe)…
       Akhirnya, dalam pukul 3.45ptg, nama ‘Ulfa binti Mohd Amin’ disebut oleh juru acara untuk menerima segulung sijil ijazah. Inilah saat puncak program. Selesai sudah program tersebut, semua mahasiswa keluar dari dewan. Waktu itu, barulah kami dapat jumpa kak Ulfa semula. Nampak gembira saja muka kak Ulfa. Kami mengambil gambar bersama-sama.

Gambar: Kak Ulfa. Tahniah diucapkan

Gambar: Kak Ulfa sudah dapat bunga daripada peminat. Hehe

Gambar: Kak Ulfa posing

Gambar: Ummi gembira dengan kejayaan kak Ulfa.


Gambar: Ummi dan kak Aida serta Abang Asrar.

Sempat juga kak Ulfa bergambar dengan abang Fakhrul(pada waktu itu masih tunangan kak Ulfa).
Gambar: Ehem-ehem. Sekarang ni, Abang Fakhrul sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Welcome to our jemaah!

       Haih, seronoknya kalau sudah grad! Terasa cemburu pun ada. Namun, itu aku jadikan sebagai pendorong untuk terus semangat dan berusaha gigih dalam menuntut ilmu. Amiiin.
       Usai program tersebut, kami pulang semula ke villa. Solat jama’. Berehat. Bila sahaja senja menjelma, kami bertolak ke pasar malam Dungun untuk membeli keropok losong yang sangat terkenal di Terengganu dan terus membeli makanan makan malam kami. Namun, keropok losong yang ingin dibeli tiada. Jadi, kami hanya membeli makanan makan malam dahulu. Suasana pasar malam di sana sangat meriah dan besar. Bermacam-macam jenis makanan yang dijual. Aku mengambil peluang membeli nasi air, satay ikan, dan beberapa makanan orang Terengganu (tak ingat).
       Gambar tak dapat nak ambil bagi menjimatkan bateri kamera. Sayang sekali, charger bateri kamera tidak pula terfikir nak bawa sekali haritu…





~~Hari keempat, 3.12.2010~~
       Hari ini kami akan pulang semula ke Perak. Memandangkan hari ini adalah hari jumaat, yang seharusnya bagi lelaki menunaikan solat Jumaat. Namun begitu, masih terdapat rukhsah yang telah ditetapkan dalam Islam bila mana seseorang musafir(menjadi musafir sebelum hari Jumaat) tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Namun, jika ada masjid berhampiran, sepatutnya kita(lelaki) tetap menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, kami menggunakan jalan ‘highway’ yang memang tak ada masjid di tepi jalan..
        Kami bertolak pada waktu pagi. Selesai berkemas barang dan ‘check out’ villa, kami segera bertolak pulang. Kali ini, aku tumpang kereta abang wardi(abang long). Dalam perjalanan, tiba-tiba aku diserang pening kepala. Pandangan mata seakan-akan berpusing-pusing. Mungkin kerana belum bersarapan lagi. Akhirnya aku meminta abang long menghentikan keretanya sebentar kerana aku benar-benar tak tahan untuk muntah. Selepas itu, aku merasa lebih ok, kereta bang long kembali bergerak. Namun begitu, selang 10 minit kemudian, pening aku kembali menyerang. Pantas aku mengambil plastik kosong dan….. Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke kedai jualan keropok Losong. Banyak juga ole-ole yang dibeli oleh kami.
       Usai membeli, kami menukar perancangan untuk singgah ke Bukit Tinggi terlebih dahulu sebelum pulang. Bukit Tinggi terletak di kawasan negeri Pahang. Destinasi untuk sampai ke sana juga agak mengambil masa. Jalannya benar-benar menguji para pemandu kerana bengkang-bengkok dan turun-naik.
       Petang itu kami sampai ke destinasi kami. Cantik sungguh suasana di sana. Disebabkan bateri kameraku benar-benar menguji kesabaran, terpaksalah, aku melupakan hasrat untuk menangkap gambar banyak-banyak di Bukit Tinggi.
“Assabru minal iman”, “sabar itu separuh daripada iman” (kata-kata para ulama’)
Nasib baik ada antara kami yang lain membawa kamera masing-masing. Nanti bolehlah aku ‘copy’ (hehe)..
      Kami meneruskan perjalanan pulang selepas itu. Namun begitu, masing-masing kereta akan berpecah. Kereta ummi(Myvi) akan pulang terus ke Perak, manakala kereta abang long akan menuju ke Ampang terlebih dahulu sebelum kembali ke Perak, dan kereta abang yang(abg Hasrul) pula akan menuju ke Klang, rumah mereka. Oleh itu, aku mengikut sahaja kereta abang yang balik ke Klang dahulu dan pulang semula ke Perak dengan menaiki bas Klang-Lumut.
~~Hari kelima, 4.12.2010~~

      Hari ini aku akan pulang ke Perak sendirian menaiki bas Klang-Lumut. Terima kasih abang yang dan kak yang kerana sudi ‘support’ duit tiket bas (hehe), jasamu akan ku kenang. Tiket bas dinyatakan bas aku akan bertolak dari Klang pada pukul 10.30pg. Tak sabar rasanya nak sampai Perak.
      Bas mula bergerak. Selang 10minit aku mengambil peluang untuk tidur sementara perjalanan ke destinasi masih panjang. Tidur dan terjaga, lihat luar tingkap, masih jauh lagi perjalanan. Aku tidur kembali… Kemudian aku terjaga kembali, melihat jam tangan sudah pukul 1 lebih, namun kenapa bas ini masih berada di daerah Selangor? MashaAllah, baru aku perasan, pemandu bas tu memandu dengan sangat cermat. Aku boleh nampak motor-motor pun memotong bas ini dengan gaya tersendiri yang seakan-akan bas ini bergerak seperti si kura-kura, manakala motor adalah si arnab.  “Takpela, biar lambat, asal selamat” bisik hatiku. Aku sengaja membaca doa naik kenderaan sekali lagi walaupun pada mula-mula lagi sebelum bas bergerak, telahpun aku baca. Ini adalah untuk memastikan diri ini sentiasa bersama lindungan Allah. inshaAllah.. Apa masalahnya jika berdoa banyak kali. Allah sangat sukakan hamba-Nya rajin meminta-minta dan bermadu kasih pada-Nya. Sempat aku mengambil Quran terjemahan dan membacanya di dalam bas. Daripada termenung melihat luar tingkap, lebih baik mencari pahala membaca Quran.
      Akhirnya, aku selamat sampai ke Titi gantung, rumahku syurgaku dalam pukul 6.45 ptg. MashaAllah, kenapa lama sangat masa yang diambil untuk balik ke rumah ni? Daripada pukul 10.30 pg hingga pukul 6.45 ptg jarak masa yang diambil untuk sampai ke Titi Gantung. Terasa tersiksa jiwa ini menunggu bilalah masanya untuk dapat sampai ke rumah. Sebenarnya tersebut keluar daripada highway masuk Perak ikut jalan Tapah. Sebab itu, perjalanan pulang banyak dihabiskan masa di jalan raya. Mungkin mereka ingin menjimatkan duit tol kot.Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doaku untuk  sampai ke rumah dalam keadaan selamat.
****
~Begitulah kisah 5 hari yang berharga. Begitu panjang. Jari-jemariku pun sudah mula meronta untuk berehat. Baiklah, itu sahaja yang ku rasa boleh dititipkan pada post kali ini. Panjang sungguh post kali ini, harap tidak ada yang bosan membacanya. Assalamualaikum.~

Sunday, December 12, 2010

"kamu bila nak kahwin?"

Pada 12.12.2010, ahad iaitu semalam, berlakunya peristiwa meriah yang disukai Nabi Muhammad saw dimana berlangsungnya kenduri kahwin Mohd Asrar(abangku) dan Ulfa(kakakku) secara serentak. Nabi Muhammad sukakan bilangan umatnya yang ramai, oleh itu perkahwinan akan membantu pertambahan muslim di dunia untuk meneruskan tugas khalifah yang diredhai Allah di muka bumi ini.

Suasana begitu meriah namun dalam keadaan terkawal. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan kami ini. Terasa masa begitu pantas berlalu, jam telah menunjukkan pukul 2.00pm namun kehadiran para tetamu masih belum reda hingga menyebabkan krisis lauk. Lauk kami habis awal daripada yang dijangkakan, terpaksalah tuan caterring pergi sediakan lauk yang lain sekadar yang termampu. Alhamdulillah, semoga para tetamu berasa senang dan gembira datang ke kenduri rumah kami sebagaimana bahagianya kami menyambut kedatangan para tetamu yang sudi memeriahkan kenduri kahwin abang dan kakak aku ini.

gambar: Mohd Asrar dan Aida.


Gambar: Ulfa dan Fakhrul Razi.

Oh ya, perkenalkan, abangku, Mohd Asrar telah menemukan jodohnya orang Bruas, Perak; Kak Aida. Masing-masing sama manis. Manakala kakakku, Ulfa telah mendapat suami orang Ketereh, Kelantan; Fakhrul Razi. Masing-masing sama padan, bagai pinang dibelah dua. "Barakallah lakuma wa barakah alaikuma". Semoga kamu semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt dalam melayari bahtera rumah tangga. Siap sedia menghadapi cabaran dan dugaan bersama, berkongsi rasa suka dan bahagia. Semoga kekal ke akhir hayat, inshaAllah.

Sekarang tinggal 2 lagi anak ustazah Sarah dan arwah ustaz Mohd Amin yang masih bujang! Alhamdulillah 6 orang sudah lepas. Aku dan adikku, masih menuntut ilmu di peringkat pengajian masing-masing. Ummi ada berpesan, kalau nak kahwin anak dara orang, biarlah duit dalam bank tu cukup dan memadai untuk menyara 'keluarga sendiri'. Ya lah takkan mahu diberi ubi dan pisang di kebun? Jadi, pekerjaan yang bagus serta halal mempengaruhi kelengkapan keluarga yang bahagia selain pengisian agama yang sempurna.

Dalam sibuk keluar masuk rumah untuk memberi beg berupa saguhati kepada para tetamu, tiba-tiba ada beberapa makcik yang rapat dengan ummi dan arwah walid sedang berehat di ruang redup rumah mengajukan soalan cepu emas. Heh, masing-masing sibuk tanya "kamu bila nak kahwin?", "lepas ini kamu pulak la ye?", "sudah ada calon ke?", "takkanlah tak ada orang yang minat kamu?", "kamu dengan orang mana lepas ni?". Amboi makcik-makcik, banyaknya soalan macam wartawan pula. Banyak lagi soalan yang diajukan,bahkan yang membuat tekaan pun ada. "ni mesti dah ada orang yang berkenankan kan?", "muka macam kamu ni mesti sudah ada ni". Heh, biarlah rahsia. Walaupun begitu, aku suka keadaan kelihatan ceria dalam keadaan agak diriku ini kelam-kabut. Yalah, sedang sibuk angkat barang-barang, tiba-tiba ditanyanya soalan mahal-mahal. Berbelah bagi nak jawab. Ya lah, siapala aku untuk mentafsir kehadiran insan istimewa dalam hidup ini bergelar isteri mithali. Jodoh mungkin sudah ada, cuma waktu dan masanya masih belum sesuai lagi. Izinkan aku untuk mencari cinta Allah terlebih dahulu sebelum melamarmu wahai bunga.

Sahabat-sahabat lama sekolah juga turut hadir. Seronok melihat mereka. Sudah lama tak berjumpa. Namun, aku ada melakukan kesilapan tidak menjemput beberapa sahabat yang lain. MashaAllah, aku benar-benar lupa. Maafkan aku ya.

Keadaan kenduri mula reda bila tiba pukul 3.00ptg, kelihatan para tetamu sudah tidak berasak-asak mengambil makanan lagi. Tenang, dan mudah untuk aku melihat kelibat para tetamu yang hadir. Namun begitu, kelihatan kereta yang di parkir masih panjang di tepi jalan. Ya lah, kedudukan rumah kami betul-betul di hadapan jalan raya utama Ipoh-Lumut. Jadi kereta-kereta hanya boleh parkir tepi jalan sahaja. Sehingga jalan jadi sibuk hari ini. Alhamdulillah tiada berlaku apa-apa musibah kemalangan.

lebih kurang pukul 3.30ptg baru aku dapat merasa nasi kenduri. Sedap! jujur, aku sangat sukakan nasi dan lauk kenduri hari ini. Kali ini, kenduri kahwin dibuat secara 'layan diri'. Tukang masak semua di'import' dari orang utara Perak; Parit Buntar, semua orang kampung belah ummi. Syukran Jazillan.

Turut serta saudara mara, seronok dapat bersua muka. Ada juga saudara-mara yang masih tidakku kenal datang ke kenduri kami. Itulah keistimewaannya, saudara-mara jauh dapat dpertemukan kembali bila adanya kenduri sebegini. Alhamdulillah.

Antara yang aku suka sangat hari ini bila ditanya oleh makcik-makcik soalan-soalan cepu emas. "Bila kamu nak kahwin?"... hehe, jawapannya: "esok, InshaAllah" Semoga cepat habis urusan pembelajaran dan pekerjaanku. Ya Allah redhailah aku dan keluargaku.

Tuesday, November 23, 2010

Anak-Anak Saudaraku.


    Sahaja kali ini, aku teringin untuk market populariti anak-anak sedaraku. Suka tengok sikap dan telatah mereka, comel dan 'tak matang'. Aku mempunyai 5 anak saudara pada masa ini, dan 3 daripadanya tinggal berjiran dengan rumah ummi. Walid mereka bekerja sebagai ustaz dan ummu mereka adalah ustazah di sekolah yang satu daerah dengan penempatan kami. Oleh itu, 3 orang anak sedara ni setiap hari akan datang melawat rumah 'Mak Tok' mereka ataupun 'opah'. Di sini, mereka menggelarkan opah sebagai 'Mak Tok' ya.

Gambar: 3 adik beradik yang memeningkan kepala.. he dari kiri: Akak Husna, Muhammad, Nuha.

Seronok bila melihat mereka membesar. Melihat keadaan mereka bermula dari bayi dan membesar sebagai kanak-kanak. Anak sulung: Imtiaz Husna bt Wardi Ashraf, kedua: Imran Zaki b Wardi Ashraf, dan ketiga: Imtinan Nuha bt Wardi Ashraf. Mereka ini memang tak boleh dipisahkan. Asyik bersama sahaja. Kalau si akak datang ke rumah kami, mesti adik-adik yang lain terkedek-kedek mengikut. Sikap si akak, selalu usik si abang sampai menangis. Si adik pula selalu berangan macam orang besar. Mereka ni sebenarnya selalu buat semak rumah kami, buat bising, pernah merosakkan harta benda awam rumah kami.. he, Tapi mereka sangat comel dan mempunyai hati yang bersih. Ya, saat buku kira-kira dosa pahala mereka hanya akan dicatit bila tibanya masa akhil baligh mereka sendiri. Saat itu Malaikat Rakib dan Atib akan menjalankan tugas. Ya Allah, rahmatilah keturunanku, berkatikanlah keturunanku..

Gambar tersebut baru aku sahaja tangkap semalam. Betul-betul tak sangka cepat benar mereka membesar. Bagai semalam baru melihat mereka ni pendek di paras pinggang, sekarang sudah meninggi sampai ke dada. Seronoknya membesar. Selamat tinggal zaman pendek. he

Apa yang seronok kalau ada anak-anak sedara seperti mereka ni??? Kalau anda ni tak suka budak-budak, mesti akan rasa rimas atau menyampah. Ya lah, diorang ni betul-betul manja, mengada-ngada, dan suka meminta-minta. Tapi, sebenarnya itulah yang menyeronokkan!! Tahukah anda, kalau kita tak ikut kehendak mereka ni, mesti mereka akan buat perkara bukan-bukan yang menyakitkan jiwa kita.. He, mesti anda tak faham lagi kan tentang apa message ingin aku sampaikan? Sebenarnya, disaat mereka ni menggedik dan meminta-minta, macam-macam gaya diorang buat untuk kita ikut kehendak diorang. LAWAK, LUCU, dan COMEL! Itu yang aku rasakan. Itulah keistimewaan dan keindahan yang Allah ciptakan pada anak-anak kecil. Apa sahaja yang mereka lakukan semuanya kelihatan comel,indah, dan lucu. Hebat bukan? Oleh sebab itu, ramai yang menyatakan "anak-anak adalah perhiasan rumah tangga". Mereka ini selalu meriuhkan suasana rumah kami yang sunyi. Kalau tiada mereka, alamat sunyilah rumah kami ini bagai tiada bertuan. Jujur, percayalah, kalau ada kanak-kanak, suasana akan jadi lebih ceria. Itu yang saya sukakan. Ya, tidak dinafikan kadang-kadang mereka ni ada naik lemak. Tapi, nak buat macam mana, kalau ada perkara yang mereka buat tidak menyenangkan kita, nasihat sahaja. Kalau berkasar, lagi mereka mengganas! Try la kalau tak percaya.


Gambar: Gaya seorang 'puteri' oleh anak saudaraku. Hebat bukan? hehe

Mereka ini menggambarkan siapa kita semasa keci-kecil.. Ya lah, kita tidak mampu ingat kembali bagaimana gaya, sikap dan kecomelan kita semasa kecil bukan? Bagiku, apabila melihat mereka manja-manja dengan orang lebih besar, terfikir aku rupanya ini gaya aku semasa kecil. Ummi pernah cerita padaku, aku ni suka meminta barang untuk dibeli terutamanya robot semasa kecil dahulu. Hehe, mungkin itu sebabnya sampai sekarang aku masih tidak berubah minat pada robot.. Sekarang ni pula, anak sedara yang laki tu pun juga sukakan robot. Lagi la aku jadi rancak main robot-robot di rumah. Seronok bila ada hobi yang sama dengan mereka. Tapi, selalunya robot-robot aku tu akan menerima nasib agak malang: patah sana, patah sini.. Huhu, geram tu perkara biasa la.. Tapi, nak buat macam mana, perkara sebegitu aku sering buat waktu kecil juga. Kalau kenduri di kampung dulu-dulu, aku selalu terpijak hidangan lauk kenduri. Habis lauk di pinggan tu tak boleh dimakan. Masalahnya, aku sekali terpijak ada 3 pinggan yang terkena waktu tu. Astaghfirullah.... Hehe, orang nak marah aku pun tak sampai hati, mungkin sebab aku ni anak ust Mohd Amin dan Ustz Sarah.. Ataupun, hmm mungkin kerana masih cute waktu tu... Hehehe, Gurau aje. Itulah, benda macam tu da terkena balik pada aku. Anak-anak sedara telah berjaya merosakkan harta-harta kesayangan aku..

Anak-anak anugerah tuhan, setiap kelahirannya, pasti ada rezeki yang melimpah ruah Allah kurniakan kepada kita. Bersyukurlah pada amanah tersebut. Ha, kalau laptop ni terbuka lama-lama, nanti adalah tu yang nak tengok movie 'Kamen Rider'. hehe, Assalamualaikum