Saturday, February 26, 2011

Ujian demi Ujian, Dugaan demi Dugaan..

*~~Sekuat mana ujian Allah beri, terimalah itu semua dengan redha. Tabahkan dirimu, banyakkan bersabar.. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..~~*

Sudah lama benar tidak update blog ni.. risau juga kalau tidak diasah bakat menulis ni. he

       Tahun 2011, begitu banyak dugaan yang menimpa. Selepas satu dugaan selesai, datang pula satu lagi beban dari haluan lain.. Mungkin ak tersalah pilih lorong untuk meneruskan hidup ini sebagai khalifah Allah.. Ya Allah, bila mana ada dugaan menimpa, pada-Mu ak segera pulang, berdoa dan bersujud.. Aku ini sangatlah lemah.. Dengan keberkatan dari-Mu, barulah ak mampu mencari jalan keluar dan menghadapi segala cabaran dengan redha.. Jangan pula ditarik hidayah-Mu itu pula pada setiap insan yang Kau kasihi.

      Di tempat pengajian ni, ak tidak punyai ummi dan keluarga untuk memantau keadaanku, nasib baiklah Kau kurniakan kepadaku rakan-rakan dan kenalan yang bagus-bagus di sini. Alhamdulillah..

      Di sini, macam-macam dugaan... Aduhh, hebatnya dugaan! Nafsuku, bukan mudah untuk kental bila di sini.. Ak sentiasa cuba dan atasinya dengan kembali pada-Mu...

      Tujuan, besar amanah ummi yang sedang ak genggam, masih jelas di hujung ekor mata.. Kerinduan padamu wahai bonda kekadang mengundang diriku merenung ke arah langit tatkala malam membentangkan seribu bintang di lukisan alam.. Setiap satu bintang yang indah itu, tetap masih tidak mampu mengatasi keterangan kilauan kasih sayangmu dan jasamu pada diriku.. Ampunkan anakmu ya ummi, kekadang tujuan menuntut ilmu di sini ada tersasar.. Ammar cuba menjadi anak soleh..

      Bukan mudah, payahnya, entah kenapalah diri ini terasa sangat lemah bila berada di sini. Pernah ada niat untuk berhenti menuntut ilmu di sini.... Banyaknya saingan yang sepatutnya meningkatkan lagi semangatku untuk menuntut ilmu, tapi itu pula yang melunturkan minatku untuk belajar disini.. Mungkin kerana tiada minat pada kos menjadi penyebab kuat diriku tidak bermaya di sini..

      In brief, I put the rest on You, Oh Allah, Please forgive me. Give me a strength. Our life is inexorable. There are many things, problems, and burdens those are coming unnoticed..

No comments:

Post a Comment