Sunday, December 19, 2010

5 Hari yang Berharga!

~~Sebenarnya, post ini telah lama ingin aku titipkan ke dalam blog, namun terdapat beberapa halangan yang menyebabkan hajatku ini tergendala selama beberapa minggu.~~

~~Hari pertama, 30.11.2010~~
       Pada 2.12.2010, khamis, merupakan tarikh bermakna kak ulfa. Dia telah diiktiraf sebagai siszawah sarjana muda perbankan Islam di konvokesyen UITM Dungun. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kak Ulfa.
       Kami sekeluarga mula bertolak dari Perak pada 30.11.2010, selasa ke destinasi utama kami, ke Dungun. Perjalanan dari Perak ke Terengganu merupakan perjalanan yang sangat panjang kerana kami perlu  melalui jalan di Kuala Lumpur dan Pahang terlebih dahulu sebelum menjejaki Terengganu. Ditambah lagi dengan keadaan dalam kereta yang agak sesak, sarat dengan penumpang. Kami menaiki kereta Myvi, 2 orang di hadapan dan 4 orang di belakang, jumlahnya 6 orang. Heh, itu sudah melebihi had penumpang. Semasa di dalam kereta, habis sakit-sakit badan kami sebab lenguh duduk dalam sempit, susah nak baring dan bergerak. Tapi, tak tahula macam mana aku masih boleh tidur lena dalam sempit tempat duduk tu. Bertolak pada  malam hari lebih kurang pukul 11.00mlm bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta menjimatkan masa perjalanan. Dalam perjalanan ke Terengganu, kami singgah di rumah kak Aqilah yang terletak di Klang untuk bermalam sebelum waktu subuh menjelma. Bila sahaja aku membuka mata, “mashaAllah!” sakitnya tengkuk… haha, itulah dia penangan tidur tak betul.

Gambar: Rumah Abang Hasrul dan Kak Aqilah.

Gambar: Kawasan halaman rumah yang memanjang, hingga boleh memuatkan 4 biji kereta Persona.



~~Hari kedua, 1.12.2010~~
       Di rumah kak Aqilah, aku dan adikku mariam, kami berpecah dengan kereta Myvi untuk mengelakkan masalah kesesakan penumpang. Jadi kami menumpang kereta kak Aqilah bertolak ke Terengganu. kereta Myvi yang dipandu abang Asrar bergerak terlebih dahulu sebelum waktu Subuh, manakala abang Hasrul(suami kak Aqilah) bertolak selepas menunaikan solat Subuh.
      Perjalanan kami mengambil masa yang agak panjang, melepasi sempadan negeri Pahang ke Terengganu bukanlah sesuatu yang singkat masanya. Jalan yang bengkang-bengkok serta beralun menjadikan pemandu-pemandu kami seolah-olah berada di litar Sepang. Haha, lajunya abang Hasrul pandu, jadi cuak aku dibuatnya. Namun, dengan adanya Allah sebagai tujuan kami, membaca doa menaiki kenderaan membuatkan diri kami berasa selamat, seolah-olah Allah ada meletakkan sesuatu pelindung pada kereta kami.
“Innamal A’mal binniyyat”, “sesungguhnya segala sesuatu yang dikerjakan adalah bermula daripada niat”. Oleh itu, jika baik niat kita, maka Allah akan memberikan kita yang baik, tetapi jika sebaliknya, Allah juga akan memberi kita yang tidak baik”.
Akhirnya… Kami selamat sampai ke Terengganu lebih kurang pukul 10.40pg. Alhamdulillah. Allah telah memudahkan urusan kami.
          Destinasi pertama kami ialah UiTM Dungun. Kak Ulfa mempunyai taklimat konvo dan terus mengambil jubah konvo di sana. Sementara menunggu bakal siswazah itu habis taklimat, kami mengambil ruang untuk makan tengah hari di kawasan berhampiran UiTM tersebut. Terdapat beberapa Kedai makan di sana. “Subhanallah!” cantik sungguh pemandangan di kawasan UiTM ini. Universiti tersebut dibina benar-benar berhampiran dengan pantai. Daripada kedai makan kami duduk, boleh nampak laut berombak serta daun-daun pokok kelapa berlambai kesan ditiup angin laut yang mendamaikan. “Kak Ulfa mesti suka berangan-angan kat tepi pantai ni, hehe” bisik hatiku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah, diberinya kita segala yang baik agar manusia berfikir tentang kekuasaan Allah. Mana mampu manusia itu sendiri yang mencipta angin dan air laut. 


 Gambar: Kami ni restoran, makan ais kacang dan nasi kukus ayam berempah. Sedaap!


Gambar: pemandangan pesona pantai dari restoran kami makan.


“…..Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan(tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan……” ( Ar-Rum : 8)
Kita mestilah berfikir untuk apa Allah menciptakan semua itu, tidak lain untuk melihat kebesaran Allah s.w.t.
        Seterusnya kami bergerak ke Villa yang telah disewa. Kami telah menempah 2 villa. Tempat tersebut diberi nama ‘Six Villa Inn’. Aku berasa agak selesa dengan ruang dalaman yang serba lengkap dan agak luas.






video

video
Video: Husna, Muhammad dan Nuha melompat-lompat atas katil aku. Haih..

        Selesai solat fardu Zohor jama’ Asar, kami sekeluarga menuju ke Kuala Terengganu (KT). Disebabkan ini adalah pengalaman pertamaku di Terengganu, oleh itu, aku agak teruja berada di negeri rantau abang ini. Di Kuala Terengganu, kami bercadang untuk ke Masjid Kristal dan beberapa tempat menarik di sekitarnya. Namun, akibat kesesakan jalan raya dan jarak dari Dungun ke KT yang agak jauh menyebabkan kami sampai ke destinasi agak lewat. Mujurlah sudah solat Asar waktu itu.
        Sesampai sahaja di Masjid Kristal lebih kurang pukul 6.45ptg, kami berkumpul dan melihat keunikan masjid tersebut. Memang unik masjid ini. Dibina diatas air, dan hampir seluruh badan luar masjid itu adalah daripada bahan berupa kaca. Sebab itu ia digelar masjid Kristal.
Gambar: Inilah Masjid Kristal!





Gambar: Abang Asrar posing dengan isterinya.


       Aku sempat mengambil peluang melihat ruang binaan dalaman masjid tersebut. Boleh nampak tulisan-tulisan khat yang menaikkan nilai-nilai Islam didalamnya. Daripada ruang dalam masjid, boleh nampak laut dan jambatan jalan raya di luar seolah-olah masjid ini tiada dinding. Kehadiran kami yang agak senja membolehkan kami melihat matahari terbenam daripada masjid tersebut. Suasana semakin indah apabila lampu-lampu di sekitar masjid dan jalan raya mula bernyala. Pelbagai warna lampu menghiasi dinding Masjid Kristal ini. Menjelang masuknya waktu Maghrib, kami bergerak ke destinasi lain. Disebabkan beberapa perkara, kami telah berniat menunaikan solat jama’ ta’khir sahaja. Ada beberapa tempat menarik yang tidak sempat kami kunjungi kerana telah tutup akibat kelewatan sampai ke KT. Itu tidak menjadi masalah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Redha sahajalah.
Gambar: Ruang dalaman masjid yang Unik.

 
       Walaupun masjid ini kelihatan indah, namun, penghuni jemaah masjid ini tidaklah begitu banyak kerana kedudukan masjid ini dibina agak jauh dari kawasan petempatan. Inilah kontranya. Aku tidak begitu setuju jika masjid yang indah sebegini dibina kerana ingin menarik pelancong semata-mata. Semoga rumah Allah ini  meriah dihujani para mukmin untuk beribadah.



Gambar: Abang Asrar dan isterinya, kak Aida.


Gambar: Keunikan dan kecantikan lampu serta kialauan masjid kristal bila senja menyusul datang.

Gambar: Ummi tercinta sedang melihat masjid Kristal dari jambatan kayu yang disediakan.


        Dalam perjalanan pulang semula ke Dungun, kami sempat singgah shopping complex KT, My Din. Besar sungguh My Din kat sini, tempat parkir kereta yang sebegitu luas disediakan pun masih tidak mencukupi dan sesak sarat dengan kereta-kereta yang nak memarkir.

Gambar: Kak Ulfa, Husna dan Nuha. 


Gambar: Nuha di depan, manakala ummu dan abunya dibelakang, sedang memilih barang untuk dibeli.


Gambar: Sempat juga Muhammad dan Nuha naik kereta lagi? (heh)

Gambar: Husna menunggu giliran kot. heh


video


           Makan malam kami pada malam itu adalah di restoran di My Din. Semasa hendak kembali ke kereta  masing-masing untuk pulang ke Dungun, aku tertarik pada satu sinaran lampu merah di atas bukit yang mana sesiapa pun boleh nampak dengan jelas lampu tersebut. Ianya telah dibentuk menjadi tulisan “Allah peliharalah Terengganu”.

Gambar: Lampu yang tertulis Allah Peliharalah Terengganu. Sangat besar lampu ini. Sejuk hati membacanya.

         Setibanya kami kembali ke villa, aku mengambil peluang membaringkan badan dan sahaja-sahaja merehatkan diri sebelum menunaikan solat fardhu jama’ ta’khir. Usai Solat dan membaca Quran, tiba-tiba kendengaran bunyi budak-budak gelak di bilik sebelah. Aku pergi menjenguk bilik kak Ulfa. Ternyata, di situ ada Husna dan Muhammad( anak-anak sedara) sedang bergambar menggayakan diri mereka dengan memakai jubah konvo kak Ulfa. Comel pula gaya diorang ni. Hehe.
 Gambar: Husna nampak dah matang dan serius

Gambar: Muhammad memang tak matang, selalu main-main kalau orang serius nak tangkap gambar dia.


~~Hari ketiga, 2.12.2010~~
        Ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh kak Ulfa, hari konvokesyennya, hari menerima segulung sijil ijazah, hari dia diiktiraf sebagai seorang bersarjana muda perbankan Islam. Bagi orang yang tidak berkenaan seperti aku, langsung tiada rasa berdebar-debar pun. Kalau nak tumpang gembira tu, boleh la juga,(hehe).. Pagi-pagi lagi usai sarapan, kak Ulfa meminta aku untuk menghantarnya ke UiTM Dungun lebih awal untuk bertemu dengan kawan-kawannya dan terus pergi masuk dewan bersama kawan-kawannya.
        Kami sekeluarga bertolak dari villa ke konvokesyen UiTM Dungun pada tengah hari, kecuali ummi, mariam, abang asrar dan kak Aida. Mereka bertolak lebih awal ke UiTM Dungun pada hari itu. Selama program tersebut berlangsung kami duduk di luar dewan, tempat duduk yang disediakan. Aku sudah berasa bosan duduk statik kat situ. Kami pergi ke tepi pantai melihat laut dan mendapatkan sedikit ketenangan bayu laut di sana.
Gambar: Muka Husna sudah bosan.

Gambar: Kak yang dan Abang Yang sudah tak sabar nak bagi bunga. Lama betul menunggu. Heh 

Gambar: Laut

Gambar: Nuha sudah mengantuk.


video
Video: Semasa persembahan nyanyian di sana, Muhammad dan Nuha menari-nari. Luculah..hehe

       Tiba-tiba hujan renyai pula turun. Cepat-cepat kami masuk ke halaman Universiti balik. Tak sempat nak tangkap lebih banyak gambar keindahan laut di UiTM Dungun. Seronok tengok Muhammad dan Imtinan Nuha lari mencicit-cicit masuk dalam UiTM balik (hehe)…
       Akhirnya, dalam pukul 3.45ptg, nama ‘Ulfa binti Mohd Amin’ disebut oleh juru acara untuk menerima segulung sijil ijazah. Inilah saat puncak program. Selesai sudah program tersebut, semua mahasiswa keluar dari dewan. Waktu itu, barulah kami dapat jumpa kak Ulfa semula. Nampak gembira saja muka kak Ulfa. Kami mengambil gambar bersama-sama.

Gambar: Kak Ulfa. Tahniah diucapkan

Gambar: Kak Ulfa sudah dapat bunga daripada peminat. Hehe

Gambar: Kak Ulfa posing

Gambar: Ummi gembira dengan kejayaan kak Ulfa.


Gambar: Ummi dan kak Aida serta Abang Asrar.

Sempat juga kak Ulfa bergambar dengan abang Fakhrul(pada waktu itu masih tunangan kak Ulfa).
Gambar: Ehem-ehem. Sekarang ni, Abang Fakhrul sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Welcome to our jemaah!

       Haih, seronoknya kalau sudah grad! Terasa cemburu pun ada. Namun, itu aku jadikan sebagai pendorong untuk terus semangat dan berusaha gigih dalam menuntut ilmu. Amiiin.
       Usai program tersebut, kami pulang semula ke villa. Solat jama’. Berehat. Bila sahaja senja menjelma, kami bertolak ke pasar malam Dungun untuk membeli keropok losong yang sangat terkenal di Terengganu dan terus membeli makanan makan malam kami. Namun, keropok losong yang ingin dibeli tiada. Jadi, kami hanya membeli makanan makan malam dahulu. Suasana pasar malam di sana sangat meriah dan besar. Bermacam-macam jenis makanan yang dijual. Aku mengambil peluang membeli nasi air, satay ikan, dan beberapa makanan orang Terengganu (tak ingat).
       Gambar tak dapat nak ambil bagi menjimatkan bateri kamera. Sayang sekali, charger bateri kamera tidak pula terfikir nak bawa sekali haritu…





~~Hari keempat, 3.12.2010~~
       Hari ini kami akan pulang semula ke Perak. Memandangkan hari ini adalah hari jumaat, yang seharusnya bagi lelaki menunaikan solat Jumaat. Namun begitu, masih terdapat rukhsah yang telah ditetapkan dalam Islam bila mana seseorang musafir(menjadi musafir sebelum hari Jumaat) tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Namun, jika ada masjid berhampiran, sepatutnya kita(lelaki) tetap menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, kami menggunakan jalan ‘highway’ yang memang tak ada masjid di tepi jalan..
        Kami bertolak pada waktu pagi. Selesai berkemas barang dan ‘check out’ villa, kami segera bertolak pulang. Kali ini, aku tumpang kereta abang wardi(abang long). Dalam perjalanan, tiba-tiba aku diserang pening kepala. Pandangan mata seakan-akan berpusing-pusing. Mungkin kerana belum bersarapan lagi. Akhirnya aku meminta abang long menghentikan keretanya sebentar kerana aku benar-benar tak tahan untuk muntah. Selepas itu, aku merasa lebih ok, kereta bang long kembali bergerak. Namun begitu, selang 10 minit kemudian, pening aku kembali menyerang. Pantas aku mengambil plastik kosong dan….. Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke kedai jualan keropok Losong. Banyak juga ole-ole yang dibeli oleh kami.
       Usai membeli, kami menukar perancangan untuk singgah ke Bukit Tinggi terlebih dahulu sebelum pulang. Bukit Tinggi terletak di kawasan negeri Pahang. Destinasi untuk sampai ke sana juga agak mengambil masa. Jalannya benar-benar menguji para pemandu kerana bengkang-bengkok dan turun-naik.
       Petang itu kami sampai ke destinasi kami. Cantik sungguh suasana di sana. Disebabkan bateri kameraku benar-benar menguji kesabaran, terpaksalah, aku melupakan hasrat untuk menangkap gambar banyak-banyak di Bukit Tinggi.
“Assabru minal iman”, “sabar itu separuh daripada iman” (kata-kata para ulama’)
Nasib baik ada antara kami yang lain membawa kamera masing-masing. Nanti bolehlah aku ‘copy’ (hehe)..
      Kami meneruskan perjalanan pulang selepas itu. Namun begitu, masing-masing kereta akan berpecah. Kereta ummi(Myvi) akan pulang terus ke Perak, manakala kereta abang long akan menuju ke Ampang terlebih dahulu sebelum kembali ke Perak, dan kereta abang yang(abg Hasrul) pula akan menuju ke Klang, rumah mereka. Oleh itu, aku mengikut sahaja kereta abang yang balik ke Klang dahulu dan pulang semula ke Perak dengan menaiki bas Klang-Lumut.
~~Hari kelima, 4.12.2010~~

      Hari ini aku akan pulang ke Perak sendirian menaiki bas Klang-Lumut. Terima kasih abang yang dan kak yang kerana sudi ‘support’ duit tiket bas (hehe), jasamu akan ku kenang. Tiket bas dinyatakan bas aku akan bertolak dari Klang pada pukul 10.30pg. Tak sabar rasanya nak sampai Perak.
      Bas mula bergerak. Selang 10minit aku mengambil peluang untuk tidur sementara perjalanan ke destinasi masih panjang. Tidur dan terjaga, lihat luar tingkap, masih jauh lagi perjalanan. Aku tidur kembali… Kemudian aku terjaga kembali, melihat jam tangan sudah pukul 1 lebih, namun kenapa bas ini masih berada di daerah Selangor? MashaAllah, baru aku perasan, pemandu bas tu memandu dengan sangat cermat. Aku boleh nampak motor-motor pun memotong bas ini dengan gaya tersendiri yang seakan-akan bas ini bergerak seperti si kura-kura, manakala motor adalah si arnab.  “Takpela, biar lambat, asal selamat” bisik hatiku. Aku sengaja membaca doa naik kenderaan sekali lagi walaupun pada mula-mula lagi sebelum bas bergerak, telahpun aku baca. Ini adalah untuk memastikan diri ini sentiasa bersama lindungan Allah. inshaAllah.. Apa masalahnya jika berdoa banyak kali. Allah sangat sukakan hamba-Nya rajin meminta-minta dan bermadu kasih pada-Nya. Sempat aku mengambil Quran terjemahan dan membacanya di dalam bas. Daripada termenung melihat luar tingkap, lebih baik mencari pahala membaca Quran.
      Akhirnya, aku selamat sampai ke Titi gantung, rumahku syurgaku dalam pukul 6.45 ptg. MashaAllah, kenapa lama sangat masa yang diambil untuk balik ke rumah ni? Daripada pukul 10.30 pg hingga pukul 6.45 ptg jarak masa yang diambil untuk sampai ke Titi Gantung. Terasa tersiksa jiwa ini menunggu bilalah masanya untuk dapat sampai ke rumah. Sebenarnya tersebut keluar daripada highway masuk Perak ikut jalan Tapah. Sebab itu, perjalanan pulang banyak dihabiskan masa di jalan raya. Mungkin mereka ingin menjimatkan duit tol kot.Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doaku untuk  sampai ke rumah dalam keadaan selamat.
****
~Begitulah kisah 5 hari yang berharga. Begitu panjang. Jari-jemariku pun sudah mula meronta untuk berehat. Baiklah, itu sahaja yang ku rasa boleh dititipkan pada post kali ini. Panjang sungguh post kali ini, harap tidak ada yang bosan membacanya. Assalamualaikum.~

Main Pondok-Pondok

Aku masih ingati lagi pada masa itu...

****
1998:  Diriku masih di bangku sekolah, darjah 3. Kerana terpengaruh dengan filem ‘orang putih’ yang mana kebanyakan kanak-kanak dalam filem tersebut, mereka mempunyai pondok kayu di atas pokok. Di  kebanyakan negara barat, ibarat suatu adat dan kebiasaan kanak-kanak disana mempunyai pondok kayu sendiri dan seringkali ianya dibina di atas pokok.
“Cantiknya!” Itulah perkataan yang sering lahir didalam hatiku tatkala melihat adegan babak budak-budak dalam filem bermain-main didalam pondok kayu atas pokok. “Kan best kalau ada pondok macam tu..” Sekali lagi aku berkata. Aku rasa teringin yang sangat-sangat untuk mempunyai pondok kayu seperti mereka itu.

Gambar: Contoh gambar pondok kayu atas pokok.

             
           Kemudian, petang itu aku pergi melihat kawasan luar rumah, mencari pokok yang tinggi dan besar untuk dibina pondok kayu diatasnya. Namun, yang ada hanyalah pokok jambu yang saiz batangnya masih kecil. “Kalau dipanjat pokok ini pun sudah membengkok ke bawah, inikan pula diletakkan pondok di atas dahan-dahan pokok ini?” Memang tidak logik untuk aku menjadikan pondok kayu diatas pokok sebagai satu realiti pada masa itu.
Kesudahannya, terkubur sudah impian untuk mempunyai pondok. Pada saat itu, telahku tekadkan diri; “Bila diriku ini sudah besar, akan ku bina sendiri pondok kayu yang cantik sangat-sangat!”


****
2010, Disember:    Cuti panjang semester semakin menghampiri penghujungnya. Kami sekeluarga semakin sibuk dari minggu ke minggu untuk persiapan kenduri kahwin abang asrar dan kak ulfa nanti. Kawasan persekitaran rumah harus dibersihkan. Pagi itu, ummi memanggilku untuk memotong pokok-pokok hutan di kawasan halaman pagar rumah. Segera aku bangkit dari tempat tidur dan mengambil gergaji didalam stor rumah.

           Banyak juga batang pokok yang telah dipotong hari itu. “Ummi, batang-batang pokok ni nak letak kat mana?” tanyaku pada ummi. “Hm, batang-batang ni nanti letak kat tempat kumpul pokok-pokok yang dah ditebang”, jawab ummi. Aku susun batang-batang tersebut dan tiba-tiba ada sesuatu yang bermain di medan fikiranku. Batang-batang pokok hutan ini keras dan berbentuk lurus. Jika ia digunakan pasti akan membawa kepada faedah. Selepas selesai tugasan kami membersih kawasan halaman rumah, pantas aku mengambil pen dan sehelai kertas, dan membuat satu lakaran bentuk ‘pondok kayu’.


           Petang itu, bermulalah rancangan projek membina pondok. Batang-batang pokok tersebut dipotong mengikut saiz panjang yang dirancang. Kemudian disusun dan dipaku. Itulah aktiviti yang telah aku lakukan dalam minggu tersebut sekiranya mempunyai ruang waktu untuk membina pondok.

           
           Akhirnya, dalam masa 3 hari, aku telah Berjaya menyiapkan ‘pra-pondok’ yang mana tempat nak duduk sudah selesai dan yang tinggal hanyalah bahagian atap pondok tersebut. Oleh kerana tarikh kenduri kahwin semakin dekat, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi, aku perlu menghentikan projek membina pondok buat sementara waktu bagi memberi bantuan persiapan kenduri kahwin abangku dan kakakku.

Gambar: inilah dia pra-pondok yang masih belum siap sepenuhnya.     
                                          
         Walaupun pondok ini masih tidak siap, namun ianya sudah boleh digunakan sebagai tempat duduk atau tempat berbaring. Aku dan anak-anak sedara sempat mengambil gambar kenang-kenangan kami bersantai di atas ‘pra-pondok’ ini. Melihat kepada keseronokan yang terlukis pada wajah mereka bermain pondok-pondok, aku jadi sangat senang dan rasa berpuas hati. Hehe, pada masa itu, teringat pula lembaran kisah silam semasa diriku ini masih diusia seperti anak-anak sedaraku. Pada waktu itu hanya impian sahaja yang wujud, tiada siapa antara kami(adik-beradikku) pada waktu itu yang tahu membuat pondok kayu. Jadi, pondok kayu itu dianggap sesuatu yang mustahil akan berada di hadapan rumah kami. Jika pada masa ini anak-anak sedara yang kecil itu adalah diriku, sudah pasti akulah yang paling gembira sekali bermain pondok-pondok.

Gambar: Husna duduk atas pra-pondok 


Gambar: Sudah terbukti pondokku ini mampu menjadi tempat kami sekeluarga duduk bersantai =) 


                      Gambar: Husna dah pening tak tahu cara nak posing dalam gambar.

        Aku tinggalkan pra-pondok ini kepada anak-anak sedara untuk menjaganya. Aku sangat berharap dapat menyiapkan pondok  kayu ini sepenuhnya, InshaAllah. Aku telah bertekad.


“Man jadda wa jada”, teringat pula kata-kata semangat masyarakat arab. “sesiapa yang berusaha, dialaha yang akan dapat apa yang diusahakan”.

Gambar: Pra-pondok.


~Pondok itu akan menjadi hadiah kenangan diriku selama bersama keluarga tercinta pada cuti semester yang panjang ini. Bilamana pondok ini sudah siap, kita semua akan main pondok-pondok ya! Hehe
Saat ini, terasa benar kerinduan itu datang melekat likat dikotak fikiranku. 

Sunday, December 12, 2010

"kamu bila nak kahwin?"

Pada 12.12.2010, ahad iaitu semalam, berlakunya peristiwa meriah yang disukai Nabi Muhammad saw dimana berlangsungnya kenduri kahwin Mohd Asrar(abangku) dan Ulfa(kakakku) secara serentak. Nabi Muhammad sukakan bilangan umatnya yang ramai, oleh itu perkahwinan akan membantu pertambahan muslim di dunia untuk meneruskan tugas khalifah yang diredhai Allah di muka bumi ini.

Suasana begitu meriah namun dalam keadaan terkawal. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan kami ini. Terasa masa begitu pantas berlalu, jam telah menunjukkan pukul 2.00pm namun kehadiran para tetamu masih belum reda hingga menyebabkan krisis lauk. Lauk kami habis awal daripada yang dijangkakan, terpaksalah tuan caterring pergi sediakan lauk yang lain sekadar yang termampu. Alhamdulillah, semoga para tetamu berasa senang dan gembira datang ke kenduri rumah kami sebagaimana bahagianya kami menyambut kedatangan para tetamu yang sudi memeriahkan kenduri kahwin abang dan kakak aku ini.

gambar: Mohd Asrar dan Aida.


Gambar: Ulfa dan Fakhrul Razi.

Oh ya, perkenalkan, abangku, Mohd Asrar telah menemukan jodohnya orang Bruas, Perak; Kak Aida. Masing-masing sama manis. Manakala kakakku, Ulfa telah mendapat suami orang Ketereh, Kelantan; Fakhrul Razi. Masing-masing sama padan, bagai pinang dibelah dua. "Barakallah lakuma wa barakah alaikuma". Semoga kamu semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt dalam melayari bahtera rumah tangga. Siap sedia menghadapi cabaran dan dugaan bersama, berkongsi rasa suka dan bahagia. Semoga kekal ke akhir hayat, inshaAllah.

Sekarang tinggal 2 lagi anak ustazah Sarah dan arwah ustaz Mohd Amin yang masih bujang! Alhamdulillah 6 orang sudah lepas. Aku dan adikku, masih menuntut ilmu di peringkat pengajian masing-masing. Ummi ada berpesan, kalau nak kahwin anak dara orang, biarlah duit dalam bank tu cukup dan memadai untuk menyara 'keluarga sendiri'. Ya lah takkan mahu diberi ubi dan pisang di kebun? Jadi, pekerjaan yang bagus serta halal mempengaruhi kelengkapan keluarga yang bahagia selain pengisian agama yang sempurna.

Dalam sibuk keluar masuk rumah untuk memberi beg berupa saguhati kepada para tetamu, tiba-tiba ada beberapa makcik yang rapat dengan ummi dan arwah walid sedang berehat di ruang redup rumah mengajukan soalan cepu emas. Heh, masing-masing sibuk tanya "kamu bila nak kahwin?", "lepas ini kamu pulak la ye?", "sudah ada calon ke?", "takkanlah tak ada orang yang minat kamu?", "kamu dengan orang mana lepas ni?". Amboi makcik-makcik, banyaknya soalan macam wartawan pula. Banyak lagi soalan yang diajukan,bahkan yang membuat tekaan pun ada. "ni mesti dah ada orang yang berkenankan kan?", "muka macam kamu ni mesti sudah ada ni". Heh, biarlah rahsia. Walaupun begitu, aku suka keadaan kelihatan ceria dalam keadaan agak diriku ini kelam-kabut. Yalah, sedang sibuk angkat barang-barang, tiba-tiba ditanyanya soalan mahal-mahal. Berbelah bagi nak jawab. Ya lah, siapala aku untuk mentafsir kehadiran insan istimewa dalam hidup ini bergelar isteri mithali. Jodoh mungkin sudah ada, cuma waktu dan masanya masih belum sesuai lagi. Izinkan aku untuk mencari cinta Allah terlebih dahulu sebelum melamarmu wahai bunga.

Sahabat-sahabat lama sekolah juga turut hadir. Seronok melihat mereka. Sudah lama tak berjumpa. Namun, aku ada melakukan kesilapan tidak menjemput beberapa sahabat yang lain. MashaAllah, aku benar-benar lupa. Maafkan aku ya.

Keadaan kenduri mula reda bila tiba pukul 3.00ptg, kelihatan para tetamu sudah tidak berasak-asak mengambil makanan lagi. Tenang, dan mudah untuk aku melihat kelibat para tetamu yang hadir. Namun begitu, kelihatan kereta yang di parkir masih panjang di tepi jalan. Ya lah, kedudukan rumah kami betul-betul di hadapan jalan raya utama Ipoh-Lumut. Jadi kereta-kereta hanya boleh parkir tepi jalan sahaja. Sehingga jalan jadi sibuk hari ini. Alhamdulillah tiada berlaku apa-apa musibah kemalangan.

lebih kurang pukul 3.30ptg baru aku dapat merasa nasi kenduri. Sedap! jujur, aku sangat sukakan nasi dan lauk kenduri hari ini. Kali ini, kenduri kahwin dibuat secara 'layan diri'. Tukang masak semua di'import' dari orang utara Perak; Parit Buntar, semua orang kampung belah ummi. Syukran Jazillan.

Turut serta saudara mara, seronok dapat bersua muka. Ada juga saudara-mara yang masih tidakku kenal datang ke kenduri kami. Itulah keistimewaannya, saudara-mara jauh dapat dpertemukan kembali bila adanya kenduri sebegini. Alhamdulillah.

Antara yang aku suka sangat hari ini bila ditanya oleh makcik-makcik soalan-soalan cepu emas. "Bila kamu nak kahwin?"... hehe, jawapannya: "esok, InshaAllah" Semoga cepat habis urusan pembelajaran dan pekerjaanku. Ya Allah redhailah aku dan keluargaku.