Sunday, December 19, 2010

Main Pondok-Pondok

Aku masih ingati lagi pada masa itu...

****
1998:  Diriku masih di bangku sekolah, darjah 3. Kerana terpengaruh dengan filem ‘orang putih’ yang mana kebanyakan kanak-kanak dalam filem tersebut, mereka mempunyai pondok kayu di atas pokok. Di  kebanyakan negara barat, ibarat suatu adat dan kebiasaan kanak-kanak disana mempunyai pondok kayu sendiri dan seringkali ianya dibina di atas pokok.
“Cantiknya!” Itulah perkataan yang sering lahir didalam hatiku tatkala melihat adegan babak budak-budak dalam filem bermain-main didalam pondok kayu atas pokok. “Kan best kalau ada pondok macam tu..” Sekali lagi aku berkata. Aku rasa teringin yang sangat-sangat untuk mempunyai pondok kayu seperti mereka itu.

Gambar: Contoh gambar pondok kayu atas pokok.

             
           Kemudian, petang itu aku pergi melihat kawasan luar rumah, mencari pokok yang tinggi dan besar untuk dibina pondok kayu diatasnya. Namun, yang ada hanyalah pokok jambu yang saiz batangnya masih kecil. “Kalau dipanjat pokok ini pun sudah membengkok ke bawah, inikan pula diletakkan pondok di atas dahan-dahan pokok ini?” Memang tidak logik untuk aku menjadikan pondok kayu diatas pokok sebagai satu realiti pada masa itu.
Kesudahannya, terkubur sudah impian untuk mempunyai pondok. Pada saat itu, telahku tekadkan diri; “Bila diriku ini sudah besar, akan ku bina sendiri pondok kayu yang cantik sangat-sangat!”


****
2010, Disember:    Cuti panjang semester semakin menghampiri penghujungnya. Kami sekeluarga semakin sibuk dari minggu ke minggu untuk persiapan kenduri kahwin abang asrar dan kak ulfa nanti. Kawasan persekitaran rumah harus dibersihkan. Pagi itu, ummi memanggilku untuk memotong pokok-pokok hutan di kawasan halaman pagar rumah. Segera aku bangkit dari tempat tidur dan mengambil gergaji didalam stor rumah.

           Banyak juga batang pokok yang telah dipotong hari itu. “Ummi, batang-batang pokok ni nak letak kat mana?” tanyaku pada ummi. “Hm, batang-batang ni nanti letak kat tempat kumpul pokok-pokok yang dah ditebang”, jawab ummi. Aku susun batang-batang tersebut dan tiba-tiba ada sesuatu yang bermain di medan fikiranku. Batang-batang pokok hutan ini keras dan berbentuk lurus. Jika ia digunakan pasti akan membawa kepada faedah. Selepas selesai tugasan kami membersih kawasan halaman rumah, pantas aku mengambil pen dan sehelai kertas, dan membuat satu lakaran bentuk ‘pondok kayu’.


           Petang itu, bermulalah rancangan projek membina pondok. Batang-batang pokok tersebut dipotong mengikut saiz panjang yang dirancang. Kemudian disusun dan dipaku. Itulah aktiviti yang telah aku lakukan dalam minggu tersebut sekiranya mempunyai ruang waktu untuk membina pondok.

           
           Akhirnya, dalam masa 3 hari, aku telah Berjaya menyiapkan ‘pra-pondok’ yang mana tempat nak duduk sudah selesai dan yang tinggal hanyalah bahagian atap pondok tersebut. Oleh kerana tarikh kenduri kahwin semakin dekat, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jadi, aku perlu menghentikan projek membina pondok buat sementara waktu bagi memberi bantuan persiapan kenduri kahwin abangku dan kakakku.

Gambar: inilah dia pra-pondok yang masih belum siap sepenuhnya.     
                                          
         Walaupun pondok ini masih tidak siap, namun ianya sudah boleh digunakan sebagai tempat duduk atau tempat berbaring. Aku dan anak-anak sedara sempat mengambil gambar kenang-kenangan kami bersantai di atas ‘pra-pondok’ ini. Melihat kepada keseronokan yang terlukis pada wajah mereka bermain pondok-pondok, aku jadi sangat senang dan rasa berpuas hati. Hehe, pada masa itu, teringat pula lembaran kisah silam semasa diriku ini masih diusia seperti anak-anak sedaraku. Pada waktu itu hanya impian sahaja yang wujud, tiada siapa antara kami(adik-beradikku) pada waktu itu yang tahu membuat pondok kayu. Jadi, pondok kayu itu dianggap sesuatu yang mustahil akan berada di hadapan rumah kami. Jika pada masa ini anak-anak sedara yang kecil itu adalah diriku, sudah pasti akulah yang paling gembira sekali bermain pondok-pondok.

Gambar: Husna duduk atas pra-pondok 


Gambar: Sudah terbukti pondokku ini mampu menjadi tempat kami sekeluarga duduk bersantai =) 


                      Gambar: Husna dah pening tak tahu cara nak posing dalam gambar.

        Aku tinggalkan pra-pondok ini kepada anak-anak sedara untuk menjaganya. Aku sangat berharap dapat menyiapkan pondok  kayu ini sepenuhnya, InshaAllah. Aku telah bertekad.


“Man jadda wa jada”, teringat pula kata-kata semangat masyarakat arab. “sesiapa yang berusaha, dialaha yang akan dapat apa yang diusahakan”.

Gambar: Pra-pondok.


~Pondok itu akan menjadi hadiah kenangan diriku selama bersama keluarga tercinta pada cuti semester yang panjang ini. Bilamana pondok ini sudah siap, kita semua akan main pondok-pondok ya! Hehe
Saat ini, terasa benar kerinduan itu datang melekat likat dikotak fikiranku. 

No comments:

Post a Comment