Suasana begitu meriah namun dalam keadaan terkawal. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan kami ini. Terasa masa begitu pantas berlalu, jam telah menunjukkan pukul 2.00pm namun kehadiran para tetamu masih belum reda hingga menyebabkan krisis lauk. Lauk kami habis awal daripada yang dijangkakan, terpaksalah tuan caterring pergi sediakan lauk yang lain sekadar yang termampu. Alhamdulillah, semoga para tetamu berasa senang dan gembira datang ke kenduri rumah kami sebagaimana bahagianya kami menyambut kedatangan para tetamu yang sudi memeriahkan kenduri kahwin abang dan kakak aku ini.
gambar: Mohd Asrar dan Aida.
Gambar: Ulfa dan Fakhrul Razi.
Sekarang tinggal 2 lagi anak ustazah Sarah dan arwah ustaz Mohd Amin yang masih bujang! Alhamdulillah 6 orang sudah lepas. Aku dan adikku, masih menuntut ilmu di peringkat pengajian masing-masing. Ummi ada berpesan, kalau nak kahwin anak dara orang, biarlah duit dalam bank tu cukup dan memadai untuk menyara 'keluarga sendiri'. Ya lah takkan mahu diberi ubi dan pisang di kebun? Jadi, pekerjaan yang bagus serta halal mempengaruhi kelengkapan keluarga yang bahagia selain pengisian agama yang sempurna.
Dalam sibuk keluar masuk rumah untuk memberi beg berupa saguhati kepada para tetamu, tiba-tiba ada beberapa makcik yang rapat dengan ummi dan arwah walid sedang berehat di ruang redup rumah mengajukan soalan cepu emas. Heh, masing-masing sibuk tanya "kamu bila nak kahwin?", "lepas ini kamu pulak la ye?", "sudah ada calon ke?", "takkanlah tak ada orang yang minat kamu?", "kamu dengan orang mana lepas ni?". Amboi makcik-makcik, banyaknya soalan macam wartawan pula. Banyak lagi soalan yang diajukan,bahkan yang membuat tekaan pun ada. "ni mesti dah ada orang yang berkenankan kan?", "muka macam kamu ni mesti sudah ada ni". Heh, biarlah rahsia. Walaupun begitu, aku suka keadaan kelihatan ceria dalam keadaan agak diriku ini kelam-kabut. Yalah, sedang sibuk angkat barang-barang, tiba-tiba ditanyanya soalan mahal-mahal. Berbelah bagi nak jawab. Ya lah, siapala aku untuk mentafsir kehadiran insan istimewa dalam hidup ini bergelar isteri mithali. Jodoh mungkin sudah ada, cuma waktu dan masanya masih belum sesuai lagi. Izinkan aku untuk mencari cinta Allah terlebih dahulu sebelum melamarmu wahai bunga.
Sahabat-sahabat lama sekolah juga turut hadir. Seronok melihat mereka. Sudah lama tak berjumpa. Namun, aku ada melakukan kesilapan tidak menjemput beberapa sahabat yang lain. MashaAllah, aku benar-benar lupa. Maafkan aku ya.
Keadaan kenduri mula reda bila tiba pukul 3.00ptg, kelihatan para tetamu sudah tidak berasak-asak mengambil makanan lagi. Tenang, dan mudah untuk aku melihat kelibat para tetamu yang hadir. Namun begitu, kelihatan kereta yang di parkir masih panjang di tepi jalan. Ya lah, kedudukan rumah kami betul-betul di hadapan jalan raya utama Ipoh-Lumut. Jadi kereta-kereta hanya boleh parkir tepi jalan sahaja. Sehingga jalan jadi sibuk hari ini. Alhamdulillah tiada berlaku apa-apa musibah kemalangan.
lebih kurang pukul 3.30ptg baru aku dapat merasa nasi kenduri. Sedap! jujur, aku sangat sukakan nasi dan lauk kenduri hari ini. Kali ini, kenduri kahwin dibuat secara 'layan diri'. Tukang masak semua di'import' dari orang utara Perak; Parit Buntar, semua orang kampung belah ummi. Syukran Jazillan.
Turut serta saudara mara, seronok dapat bersua muka. Ada juga saudara-mara yang masih tidakku kenal datang ke kenduri kami. Itulah keistimewaannya, saudara-mara jauh dapat dpertemukan kembali bila adanya kenduri sebegini. Alhamdulillah.
Antara yang aku suka sangat hari ini bila ditanya oleh makcik-makcik soalan-soalan cepu emas. "Bila kamu nak kahwin?"... hehe, jawapannya: "esok, InshaAllah" Semoga cepat habis urusan pembelajaran dan pekerjaanku. Ya Allah redhailah aku dan keluargaku.
salam... cey... bagus2... tp... silap eja nama tue dik.. hehe...
ReplyDeleteTahniah to my long lost friend asrar (almost 5 years now we havent met). Adik Amin, pls send my regards to him dengan lafaz Assalamualaikum dan semoga bahagia selalu..
ReplyDelete