Gambar: 3 adik beradik yang memeningkan kepala.. he dari kiri: Akak Husna, Muhammad, Nuha.
Gambar tersebut baru aku sahaja tangkap semalam. Betul-betul tak sangka cepat benar mereka membesar. Bagai semalam baru melihat mereka ni pendek di paras pinggang, sekarang sudah meninggi sampai ke dada. Seronoknya membesar. Selamat tinggal zaman pendek. he
Apa yang seronok kalau ada anak-anak sedara seperti mereka ni??? Kalau anda ni tak suka budak-budak, mesti akan rasa rimas atau menyampah. Ya lah, diorang ni betul-betul manja, mengada-ngada, dan suka meminta-minta. Tapi, sebenarnya itulah yang menyeronokkan!! Tahukah anda, kalau kita tak ikut kehendak mereka ni, mesti mereka akan buat perkara bukan-bukan yang menyakitkan jiwa kita.. He, mesti anda tak faham lagi kan tentang apa message ingin aku sampaikan? Sebenarnya, disaat mereka ni menggedik dan meminta-minta, macam-macam gaya diorang buat untuk kita ikut kehendak diorang. LAWAK, LUCU, dan COMEL! Itu yang aku rasakan. Itulah keistimewaan dan keindahan yang Allah ciptakan pada anak-anak kecil. Apa sahaja yang mereka lakukan semuanya kelihatan comel,indah, dan lucu. Hebat bukan? Oleh sebab itu, ramai yang menyatakan "anak-anak adalah perhiasan rumah tangga". Mereka ini selalu meriuhkan suasana rumah kami yang sunyi. Kalau tiada mereka, alamat sunyilah rumah kami ini bagai tiada bertuan. Jujur, percayalah, kalau ada kanak-kanak, suasana akan jadi lebih ceria. Itu yang saya sukakan. Ya, tidak dinafikan kadang-kadang mereka ni ada naik lemak. Tapi, nak buat macam mana, kalau ada perkara yang mereka buat tidak menyenangkan kita, nasihat sahaja. Kalau berkasar, lagi mereka mengganas! Try la kalau tak percaya.
Gambar: Gaya seorang 'puteri' oleh anak saudaraku. Hebat bukan? hehe
Mereka ini menggambarkan siapa kita semasa keci-kecil.. Ya lah, kita tidak mampu ingat kembali bagaimana gaya, sikap dan kecomelan kita semasa kecil bukan? Bagiku, apabila melihat mereka manja-manja dengan orang lebih besar, terfikir aku rupanya ini gaya aku semasa kecil. Ummi pernah cerita padaku, aku ni suka meminta barang untuk dibeli terutamanya robot semasa kecil dahulu. Hehe, mungkin itu sebabnya sampai sekarang aku masih tidak berubah minat pada robot.. Sekarang ni pula, anak sedara yang laki tu pun juga sukakan robot. Lagi la aku jadi rancak main robot-robot di rumah. Seronok bila ada hobi yang sama dengan mereka. Tapi, selalunya robot-robot aku tu akan menerima nasib agak malang: patah sana, patah sini.. Huhu, geram tu perkara biasa la.. Tapi, nak buat macam mana, perkara sebegitu aku sering buat waktu kecil juga. Kalau kenduri di kampung dulu-dulu, aku selalu terpijak hidangan lauk kenduri. Habis lauk di pinggan tu tak boleh dimakan. Masalahnya, aku sekali terpijak ada 3 pinggan yang terkena waktu tu. Astaghfirullah.... Hehe, orang nak marah aku pun tak sampai hati, mungkin sebab aku ni anak ust Mohd Amin dan Ustz Sarah.. Ataupun, hmm mungkin kerana masih cute waktu tu... Hehehe, Gurau aje. Itulah, benda macam tu da terkena balik pada aku. Anak-anak sedara telah berjaya merosakkan harta-harta kesayangan aku..
Anak-anak anugerah tuhan, setiap kelahirannya, pasti ada rezeki yang melimpah ruah Allah kurniakan kepada kita. Bersyukurlah pada amanah tersebut. Ha, kalau laptop ni terbuka lama-lama, nanti adalah tu yang nak tengok movie 'Kamen Rider'. hehe, Assalamualaikum
Jelingan Muhammad tu...
ReplyDeleteish, teruknya pijak hidangan kenduri..main lari2 atas meja ape...
Sabda Rasulullah - "setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapalah yang menyebabkan anak ini Yahudi, Nasrani, atau Majusi."
Ya, muhammad memang suka tidak serius kalau bergambar.
ReplyDeleteYa, mmg wktu kecil dulu ana nakal. Tapi, wkt terpijak hidangan lauk tu dkt kawasan dapur orang tengah prepare nak hidang lauk. Time tula ana g main kejar-kejar sampai terpijak lauk hidangan. Astaghfirullah...
Syukran atas hadis tersebut. Ana dapat menambah ilmu. =)