Sunday, December 19, 2010

5 Hari yang Berharga!

~~Sebenarnya, post ini telah lama ingin aku titipkan ke dalam blog, namun terdapat beberapa halangan yang menyebabkan hajatku ini tergendala selama beberapa minggu.~~

~~Hari pertama, 30.11.2010~~
       Pada 2.12.2010, khamis, merupakan tarikh bermakna kak ulfa. Dia telah diiktiraf sebagai siszawah sarjana muda perbankan Islam di konvokesyen UITM Dungun. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada kak Ulfa.
       Kami sekeluarga mula bertolak dari Perak pada 30.11.2010, selasa ke destinasi utama kami, ke Dungun. Perjalanan dari Perak ke Terengganu merupakan perjalanan yang sangat panjang kerana kami perlu  melalui jalan di Kuala Lumpur dan Pahang terlebih dahulu sebelum menjejaki Terengganu. Ditambah lagi dengan keadaan dalam kereta yang agak sesak, sarat dengan penumpang. Kami menaiki kereta Myvi, 2 orang di hadapan dan 4 orang di belakang, jumlahnya 6 orang. Heh, itu sudah melebihi had penumpang. Semasa di dalam kereta, habis sakit-sakit badan kami sebab lenguh duduk dalam sempit, susah nak baring dan bergerak. Tapi, tak tahula macam mana aku masih boleh tidur lena dalam sempit tempat duduk tu. Bertolak pada  malam hari lebih kurang pukul 11.00mlm bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta menjimatkan masa perjalanan. Dalam perjalanan ke Terengganu, kami singgah di rumah kak Aqilah yang terletak di Klang untuk bermalam sebelum waktu subuh menjelma. Bila sahaja aku membuka mata, “mashaAllah!” sakitnya tengkuk… haha, itulah dia penangan tidur tak betul.

Gambar: Rumah Abang Hasrul dan Kak Aqilah.

Gambar: Kawasan halaman rumah yang memanjang, hingga boleh memuatkan 4 biji kereta Persona.



~~Hari kedua, 1.12.2010~~
       Di rumah kak Aqilah, aku dan adikku mariam, kami berpecah dengan kereta Myvi untuk mengelakkan masalah kesesakan penumpang. Jadi kami menumpang kereta kak Aqilah bertolak ke Terengganu. kereta Myvi yang dipandu abang Asrar bergerak terlebih dahulu sebelum waktu Subuh, manakala abang Hasrul(suami kak Aqilah) bertolak selepas menunaikan solat Subuh.
      Perjalanan kami mengambil masa yang agak panjang, melepasi sempadan negeri Pahang ke Terengganu bukanlah sesuatu yang singkat masanya. Jalan yang bengkang-bengkok serta beralun menjadikan pemandu-pemandu kami seolah-olah berada di litar Sepang. Haha, lajunya abang Hasrul pandu, jadi cuak aku dibuatnya. Namun, dengan adanya Allah sebagai tujuan kami, membaca doa menaiki kenderaan membuatkan diri kami berasa selamat, seolah-olah Allah ada meletakkan sesuatu pelindung pada kereta kami.
“Innamal A’mal binniyyat”, “sesungguhnya segala sesuatu yang dikerjakan adalah bermula daripada niat”. Oleh itu, jika baik niat kita, maka Allah akan memberikan kita yang baik, tetapi jika sebaliknya, Allah juga akan memberi kita yang tidak baik”.
Akhirnya… Kami selamat sampai ke Terengganu lebih kurang pukul 10.40pg. Alhamdulillah. Allah telah memudahkan urusan kami.
          Destinasi pertama kami ialah UiTM Dungun. Kak Ulfa mempunyai taklimat konvo dan terus mengambil jubah konvo di sana. Sementara menunggu bakal siswazah itu habis taklimat, kami mengambil ruang untuk makan tengah hari di kawasan berhampiran UiTM tersebut. Terdapat beberapa Kedai makan di sana. “Subhanallah!” cantik sungguh pemandangan di kawasan UiTM ini. Universiti tersebut dibina benar-benar berhampiran dengan pantai. Daripada kedai makan kami duduk, boleh nampak laut berombak serta daun-daun pokok kelapa berlambai kesan ditiup angin laut yang mendamaikan. “Kak Ulfa mesti suka berangan-angan kat tepi pantai ni, hehe” bisik hatiku. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah, diberinya kita segala yang baik agar manusia berfikir tentang kekuasaan Allah. Mana mampu manusia itu sendiri yang mencipta angin dan air laut. 


 Gambar: Kami ni restoran, makan ais kacang dan nasi kukus ayam berempah. Sedaap!


Gambar: pemandangan pesona pantai dari restoran kami makan.


“…..Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan(tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan……” ( Ar-Rum : 8)
Kita mestilah berfikir untuk apa Allah menciptakan semua itu, tidak lain untuk melihat kebesaran Allah s.w.t.
        Seterusnya kami bergerak ke Villa yang telah disewa. Kami telah menempah 2 villa. Tempat tersebut diberi nama ‘Six Villa Inn’. Aku berasa agak selesa dengan ruang dalaman yang serba lengkap dan agak luas.







Video: Husna, Muhammad dan Nuha melompat-lompat atas katil aku. Haih..

        Selesai solat fardu Zohor jama’ Asar, kami sekeluarga menuju ke Kuala Terengganu (KT). Disebabkan ini adalah pengalaman pertamaku di Terengganu, oleh itu, aku agak teruja berada di negeri rantau abang ini. Di Kuala Terengganu, kami bercadang untuk ke Masjid Kristal dan beberapa tempat menarik di sekitarnya. Namun, akibat kesesakan jalan raya dan jarak dari Dungun ke KT yang agak jauh menyebabkan kami sampai ke destinasi agak lewat. Mujurlah sudah solat Asar waktu itu.
        Sesampai sahaja di Masjid Kristal lebih kurang pukul 6.45ptg, kami berkumpul dan melihat keunikan masjid tersebut. Memang unik masjid ini. Dibina diatas air, dan hampir seluruh badan luar masjid itu adalah daripada bahan berupa kaca. Sebab itu ia digelar masjid Kristal.
Gambar: Inilah Masjid Kristal!





Gambar: Abang Asrar posing dengan isterinya.


       Aku sempat mengambil peluang melihat ruang binaan dalaman masjid tersebut. Boleh nampak tulisan-tulisan khat yang menaikkan nilai-nilai Islam didalamnya. Daripada ruang dalam masjid, boleh nampak laut dan jambatan jalan raya di luar seolah-olah masjid ini tiada dinding. Kehadiran kami yang agak senja membolehkan kami melihat matahari terbenam daripada masjid tersebut. Suasana semakin indah apabila lampu-lampu di sekitar masjid dan jalan raya mula bernyala. Pelbagai warna lampu menghiasi dinding Masjid Kristal ini. Menjelang masuknya waktu Maghrib, kami bergerak ke destinasi lain. Disebabkan beberapa perkara, kami telah berniat menunaikan solat jama’ ta’khir sahaja. Ada beberapa tempat menarik yang tidak sempat kami kunjungi kerana telah tutup akibat kelewatan sampai ke KT. Itu tidak menjadi masalah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Redha sahajalah.
Gambar: Ruang dalaman masjid yang Unik.

 
       Walaupun masjid ini kelihatan indah, namun, penghuni jemaah masjid ini tidaklah begitu banyak kerana kedudukan masjid ini dibina agak jauh dari kawasan petempatan. Inilah kontranya. Aku tidak begitu setuju jika masjid yang indah sebegini dibina kerana ingin menarik pelancong semata-mata. Semoga rumah Allah ini  meriah dihujani para mukmin untuk beribadah.



Gambar: Abang Asrar dan isterinya, kak Aida.


Gambar: Keunikan dan kecantikan lampu serta kialauan masjid kristal bila senja menyusul datang.

Gambar: Ummi tercinta sedang melihat masjid Kristal dari jambatan kayu yang disediakan.


        Dalam perjalanan pulang semula ke Dungun, kami sempat singgah shopping complex KT, My Din. Besar sungguh My Din kat sini, tempat parkir kereta yang sebegitu luas disediakan pun masih tidak mencukupi dan sesak sarat dengan kereta-kereta yang nak memarkir.

Gambar: Kak Ulfa, Husna dan Nuha. 


Gambar: Nuha di depan, manakala ummu dan abunya dibelakang, sedang memilih barang untuk dibeli.


Gambar: Sempat juga Muhammad dan Nuha naik kereta lagi? (heh)

Gambar: Husna menunggu giliran kot. heh




           Makan malam kami pada malam itu adalah di restoran di My Din. Semasa hendak kembali ke kereta  masing-masing untuk pulang ke Dungun, aku tertarik pada satu sinaran lampu merah di atas bukit yang mana sesiapa pun boleh nampak dengan jelas lampu tersebut. Ianya telah dibentuk menjadi tulisan “Allah peliharalah Terengganu”.

Gambar: Lampu yang tertulis Allah Peliharalah Terengganu. Sangat besar lampu ini. Sejuk hati membacanya.

         Setibanya kami kembali ke villa, aku mengambil peluang membaringkan badan dan sahaja-sahaja merehatkan diri sebelum menunaikan solat fardhu jama’ ta’khir. Usai Solat dan membaca Quran, tiba-tiba kendengaran bunyi budak-budak gelak di bilik sebelah. Aku pergi menjenguk bilik kak Ulfa. Ternyata, di situ ada Husna dan Muhammad( anak-anak sedara) sedang bergambar menggayakan diri mereka dengan memakai jubah konvo kak Ulfa. Comel pula gaya diorang ni. Hehe.
 Gambar: Husna nampak dah matang dan serius

Gambar: Muhammad memang tak matang, selalu main-main kalau orang serius nak tangkap gambar dia.


~~Hari ketiga, 2.12.2010~~
        Ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh kak Ulfa, hari konvokesyennya, hari menerima segulung sijil ijazah, hari dia diiktiraf sebagai seorang bersarjana muda perbankan Islam. Bagi orang yang tidak berkenaan seperti aku, langsung tiada rasa berdebar-debar pun. Kalau nak tumpang gembira tu, boleh la juga,(hehe).. Pagi-pagi lagi usai sarapan, kak Ulfa meminta aku untuk menghantarnya ke UiTM Dungun lebih awal untuk bertemu dengan kawan-kawannya dan terus pergi masuk dewan bersama kawan-kawannya.
        Kami sekeluarga bertolak dari villa ke konvokesyen UiTM Dungun pada tengah hari, kecuali ummi, mariam, abang asrar dan kak Aida. Mereka bertolak lebih awal ke UiTM Dungun pada hari itu. Selama program tersebut berlangsung kami duduk di luar dewan, tempat duduk yang disediakan. Aku sudah berasa bosan duduk statik kat situ. Kami pergi ke tepi pantai melihat laut dan mendapatkan sedikit ketenangan bayu laut di sana.
Gambar: Muka Husna sudah bosan.

Gambar: Kak yang dan Abang Yang sudah tak sabar nak bagi bunga. Lama betul menunggu. Heh 

Gambar: Laut

Gambar: Nuha sudah mengantuk.



Video: Semasa persembahan nyanyian di sana, Muhammad dan Nuha menari-nari. Luculah..hehe

       Tiba-tiba hujan renyai pula turun. Cepat-cepat kami masuk ke halaman Universiti balik. Tak sempat nak tangkap lebih banyak gambar keindahan laut di UiTM Dungun. Seronok tengok Muhammad dan Imtinan Nuha lari mencicit-cicit masuk dalam UiTM balik (hehe)…
       Akhirnya, dalam pukul 3.45ptg, nama ‘Ulfa binti Mohd Amin’ disebut oleh juru acara untuk menerima segulung sijil ijazah. Inilah saat puncak program. Selesai sudah program tersebut, semua mahasiswa keluar dari dewan. Waktu itu, barulah kami dapat jumpa kak Ulfa semula. Nampak gembira saja muka kak Ulfa. Kami mengambil gambar bersama-sama.

Gambar: Kak Ulfa. Tahniah diucapkan

Gambar: Kak Ulfa sudah dapat bunga daripada peminat. Hehe

Gambar: Kak Ulfa posing

Gambar: Ummi gembira dengan kejayaan kak Ulfa.


Gambar: Ummi dan kak Aida serta Abang Asrar.

Sempat juga kak Ulfa bergambar dengan abang Fakhrul(pada waktu itu masih tunangan kak Ulfa).
Gambar: Ehem-ehem. Sekarang ni, Abang Fakhrul sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Welcome to our jemaah!

       Haih, seronoknya kalau sudah grad! Terasa cemburu pun ada. Namun, itu aku jadikan sebagai pendorong untuk terus semangat dan berusaha gigih dalam menuntut ilmu. Amiiin.
       Usai program tersebut, kami pulang semula ke villa. Solat jama’. Berehat. Bila sahaja senja menjelma, kami bertolak ke pasar malam Dungun untuk membeli keropok losong yang sangat terkenal di Terengganu dan terus membeli makanan makan malam kami. Namun, keropok losong yang ingin dibeli tiada. Jadi, kami hanya membeli makanan makan malam dahulu. Suasana pasar malam di sana sangat meriah dan besar. Bermacam-macam jenis makanan yang dijual. Aku mengambil peluang membeli nasi air, satay ikan, dan beberapa makanan orang Terengganu (tak ingat).
       Gambar tak dapat nak ambil bagi menjimatkan bateri kamera. Sayang sekali, charger bateri kamera tidak pula terfikir nak bawa sekali haritu…





~~Hari keempat, 3.12.2010~~
       Hari ini kami akan pulang semula ke Perak. Memandangkan hari ini adalah hari jumaat, yang seharusnya bagi lelaki menunaikan solat Jumaat. Namun begitu, masih terdapat rukhsah yang telah ditetapkan dalam Islam bila mana seseorang musafir(menjadi musafir sebelum hari Jumaat) tidak diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Namun, jika ada masjid berhampiran, sepatutnya kita(lelaki) tetap menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun, kami menggunakan jalan ‘highway’ yang memang tak ada masjid di tepi jalan..
        Kami bertolak pada waktu pagi. Selesai berkemas barang dan ‘check out’ villa, kami segera bertolak pulang. Kali ini, aku tumpang kereta abang wardi(abang long). Dalam perjalanan, tiba-tiba aku diserang pening kepala. Pandangan mata seakan-akan berpusing-pusing. Mungkin kerana belum bersarapan lagi. Akhirnya aku meminta abang long menghentikan keretanya sebentar kerana aku benar-benar tak tahan untuk muntah. Selepas itu, aku merasa lebih ok, kereta bang long kembali bergerak. Namun begitu, selang 10 minit kemudian, pening aku kembali menyerang. Pantas aku mengambil plastik kosong dan….. Aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke kedai jualan keropok Losong. Banyak juga ole-ole yang dibeli oleh kami.
       Usai membeli, kami menukar perancangan untuk singgah ke Bukit Tinggi terlebih dahulu sebelum pulang. Bukit Tinggi terletak di kawasan negeri Pahang. Destinasi untuk sampai ke sana juga agak mengambil masa. Jalannya benar-benar menguji para pemandu kerana bengkang-bengkok dan turun-naik.
       Petang itu kami sampai ke destinasi kami. Cantik sungguh suasana di sana. Disebabkan bateri kameraku benar-benar menguji kesabaran, terpaksalah, aku melupakan hasrat untuk menangkap gambar banyak-banyak di Bukit Tinggi.
“Assabru minal iman”, “sabar itu separuh daripada iman” (kata-kata para ulama’)
Nasib baik ada antara kami yang lain membawa kamera masing-masing. Nanti bolehlah aku ‘copy’ (hehe)..
      Kami meneruskan perjalanan pulang selepas itu. Namun begitu, masing-masing kereta akan berpecah. Kereta ummi(Myvi) akan pulang terus ke Perak, manakala kereta abang long akan menuju ke Ampang terlebih dahulu sebelum kembali ke Perak, dan kereta abang yang(abg Hasrul) pula akan menuju ke Klang, rumah mereka. Oleh itu, aku mengikut sahaja kereta abang yang balik ke Klang dahulu dan pulang semula ke Perak dengan menaiki bas Klang-Lumut.
~~Hari kelima, 4.12.2010~~

      Hari ini aku akan pulang ke Perak sendirian menaiki bas Klang-Lumut. Terima kasih abang yang dan kak yang kerana sudi ‘support’ duit tiket bas (hehe), jasamu akan ku kenang. Tiket bas dinyatakan bas aku akan bertolak dari Klang pada pukul 10.30pg. Tak sabar rasanya nak sampai Perak.
      Bas mula bergerak. Selang 10minit aku mengambil peluang untuk tidur sementara perjalanan ke destinasi masih panjang. Tidur dan terjaga, lihat luar tingkap, masih jauh lagi perjalanan. Aku tidur kembali… Kemudian aku terjaga kembali, melihat jam tangan sudah pukul 1 lebih, namun kenapa bas ini masih berada di daerah Selangor? MashaAllah, baru aku perasan, pemandu bas tu memandu dengan sangat cermat. Aku boleh nampak motor-motor pun memotong bas ini dengan gaya tersendiri yang seakan-akan bas ini bergerak seperti si kura-kura, manakala motor adalah si arnab.  “Takpela, biar lambat, asal selamat” bisik hatiku. Aku sengaja membaca doa naik kenderaan sekali lagi walaupun pada mula-mula lagi sebelum bas bergerak, telahpun aku baca. Ini adalah untuk memastikan diri ini sentiasa bersama lindungan Allah. inshaAllah.. Apa masalahnya jika berdoa banyak kali. Allah sangat sukakan hamba-Nya rajin meminta-minta dan bermadu kasih pada-Nya. Sempat aku mengambil Quran terjemahan dan membacanya di dalam bas. Daripada termenung melihat luar tingkap, lebih baik mencari pahala membaca Quran.
      Akhirnya, aku selamat sampai ke Titi gantung, rumahku syurgaku dalam pukul 6.45 ptg. MashaAllah, kenapa lama sangat masa yang diambil untuk balik ke rumah ni? Daripada pukul 10.30 pg hingga pukul 6.45 ptg jarak masa yang diambil untuk sampai ke Titi Gantung. Terasa tersiksa jiwa ini menunggu bilalah masanya untuk dapat sampai ke rumah. Sebenarnya tersebut keluar daripada highway masuk Perak ikut jalan Tapah. Sebab itu, perjalanan pulang banyak dihabiskan masa di jalan raya. Mungkin mereka ingin menjimatkan duit tol kot.Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doaku untuk  sampai ke rumah dalam keadaan selamat.
****
~Begitulah kisah 5 hari yang berharga. Begitu panjang. Jari-jemariku pun sudah mula meronta untuk berehat. Baiklah, itu sahaja yang ku rasa boleh dititipkan pada post kali ini. Panjang sungguh post kali ini, harap tidak ada yang bosan membacanya. Assalamualaikum.~

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete