Sesungguhnya manusia itu lemah.
Allah menciptakan manusia itu bersifat lemah, mempunyai kelemahan masing-masing. Oleh itu, kita manusia, sering terleka dan melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim sentiasa membuka ruang keampunan kepada hamba-hamba-Nya:
“sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat orng melakukan dosa di siang hari dan membuka tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa di malam hari. Hal keadaan ini berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat” (Riwayat Muslim)
Mengapa begitu mudahnya Allah itu mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walau begitu besar dan begitu banyaknya dosa seseorang hamba itu, apabila dia bertaubat nasuha, Allah masih mampu mengampuninya? Walau semua orang membencinya dalam dunia ini, namun di sisi Allah dia adalah insan yang dicintai-Nya? Kita takkan mampu mentafsir darjat seseorang di sisi pandang Allah. Walaupun kita tahu seseorang itu hidup dalam dunia penuh dengan kemaksiatan, juga kita masih belum mampu mentafsir kedudukannya di akhirat kelak, sama ada dia akan tergolong dalam kalangan ahli anbia’ di syurga ataupun golongan laknatullah di neraka. Hal ini kerana berkemungkinan juga apabila sebelum tibanya tarikh maut seseorang yang dipenuhi dosa itu, sempat bertaubat, dan Allah juga menerima taubatnya. Ingatlah Allah itu Maha Adil.
Ingin aku kembali pada persoalan yang pertama tadi. Mengapa Allah tetap mengampunkan dosa hamba-Nya walau dosa hamba-Nya itu sebesar matahari dan seberat bumi?? Aku begitu kagum pada sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang dalam sifat-sifat Allah. Begitu sayang dan cinta kepada kita hingga bila kita memohon ampun, Dia pasti akan tetap mengampunkan dosa kita…
Namun, mengapa diriku ini tidak sehebat rasa cinta Maha Pencipta itu.. Aku berasa malu pada-Nya. Mengapa mudah untukku jatuh cinta tapi begitu susah untuk memaafkan kesilapan? Tidak setia seperti-Nya…
Itulah, Allah itu sempurna dan tiada apa yang mampu menandingi-Nya. Kerana itu, rinduku, hatiku, dan cintaku, ku serahkan pada-Mu ya Allah.. Semoga dengan ini, jiwaku sentiasa tenang..
Teringat pula lagu UNIC kala ini:
“Pernah hatiku luka pedih kerana dicalari cinta penuh duri,
Lemah aku dalam dilema, kata janji manis sungguh tak bermakna,
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih,
Walau ke dasar lautan sanggup ku salami,
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa,
Kau sebutir pasir tak berharga..”
salam.itulah bezanya cinta manusia dan cinta pencipta..manusia, semakin cinta, maka semakin sukar utk memaafkan..kerana hati terlalu syg.
ReplyDeleteTetapi bila kita renung kembali, andai manusia meninggalkan kita, kita masih mampu lg bertahan..namun bagaimana jika sang pencipta itu meninggalkan kita?..pastinya kita tiada siapa2..terkapai2 sendirian dan xmampu hidup lg..
moga tabah ye dik menghadapi ujian dan cabaran..doa akak selalu.
syukran ya kak rahmah. amiin
ReplyDelete