Sunday, November 21, 2010

BBQ Rezeki Allah



Malam semalam, Allah telah memberi aku dan keluargaku kelapangan masa dan rezeki nikmat makanan yang lazat. Daging itu adalah hasil daripada korban Hari raya Aidil Adha baru-baru ini, kami jadikan sasaran untuk BBQ! yea2! Alhamdulillah.. Sebagaimana yang dianjurkan dalam agama Islam: umat Islam diwajibkan mencari rezeki halal sahaja untuk dimakan kerana antara perkara yang berat disoal di akhirat kelak ialah makanan yang dimakan oleh kita sendiri. Saidina Umar al-Khattab juga ada meninggalkan wasiat kepada kita berkenaan pentingnya penjagaan makanan dimana beliau berpesan : "Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut".




Gambar: Daging sedia untuk diBBQ.


Bahayanya kita jika tersalah mengambil makanan.. huhu memang dulu saya pun ada kurang ambil berat soal kualiti makanan: halal, keluaran produk siapa, kandungan produk, dll... Hesh, terukla nanti aku di hadapan Allah nanti kalau2 ada makanan yang telah menjadi darah daging adalah dari sumber yang kotor, Nauzubillah min zalik.. Di akhirat kelak kita tak mampu nak bela diri kepada Allah kononnya tak ada dalil tentang penjagaan halal haram makanan ni. Sebab sudah terlampau banyak dalil dan ayat al-Quran juga telah diturunkan Allah kepada kita melalui nabi Muhammad s.a.w sendiri dimana: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata." (QS al-Baqarah [2]: 168).    Takutnya saya tentang ini, mengapa ada pelbagai makanan halal lagi berkhasiat yang Allah kurniakan pada kita, tapi masih lagi ada dalam kalangan muslim memilih makanan yang sebaliknya?

Gambar: Kami sedang memastikan api dan daging dijaga baik agar makanan akan dimasak elok.

Dalam soal makanan ini, sangat mempengaruhi kesan pada sikap, kesihatan, dan minda seseorang. Sebagai contoh mudah, seseorang yang minum arak dan membelinya menggunakan duit yang haram ( sumber pendapatan haram dari aspek Islam ). Sudahla minum arak, duit pun duit yang haram, tentu sekali insan ini mudah diserang penyakit, sikap akan berubah lebih mudah disebabkan mabuk dan akan menkacau-bilaukan hidupnya, serta mindanya sudah tidak waras. Perkara makanan ini tidak boleh dipermainkan kerana, sumber duit yang haram juga boleh mengakibatkan makanan yang halal menjadi haram. Alamatnya, jika seseorang anak mendapat duit belanja sekolah daripada ibu yang bekerja di kelab malam, apabila membeli nasi lemak di kantinpun boleh jadi benak hatinya, kerana telah makan daripada duit yang haram.. Haih, berat2..


 
Gambar: Daging Korban yang sudah siap dimasak. Alhamdulillah. Sedap dan halal.

Huhu, ummi saya selalu berpesan kalau nak beli makanan, perlu lihat faktor halal dan kebersihan, tambah2 lagi selepas hidup berjauh dengan keluarga kerana menuntut ilmu di Gombak ni. Hehe, nampak tak? Penting sangat untuk kita memilih makanan yang terbaik untuk diri sendiri.. Gayanya macam senang je kan? nak pilih makanan yang elok2 ni..  Sebenarnya susah juga.. Memang saya akui, sebab produk makanan yang dibuat oleh cina, or takde tanda halal ni memang selalu nampak sedap.. Kadang-kadang terliur nengoknye.. hehe, Tapi, kita kena fikir jauh-jauh dulu. Takkanla hanya kerana keropok Tam-tam yang tak ada logo halal tu pun sanggup kita nak bersoal jawab dengan Allah kelak?? hehe ya, saya juga akui ada logo halal yang dibuat sendiri oleh syarikat makanan itu sendiri. Oleh itu, semuanya kenalah bergantung pada tuan punya Body lah! 

Jujurnya, saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah telah memberikan nikmat makanan yang baik serta halal kepada saya juga keluarga tercinta. Malam itu kami makan dengan rasa bahagia bersama limpahan kesyukuran tak terhingga padaNya.. Alhamdulillah 

No comments:

Post a Comment