"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari).
Indahnya hidup andai benar kita mempunyai pasangan soleh dan solehah, melalui ikatan sah perkahwinan, kita telah mendirikan sebuah masjid. Ia merupakan tanggungjawab yang besar dimana kita wajib menjaga masjid tersebut daripada tercemar atau berlaku kerosakan. Hal ini kerana, pelbagai dugaan dan masalah akan ditempuh oleh pasangan suami isteri. Andainya ada berlaku perceraian, robohlah masjid itu, dan para syaitan akan mengadakan pesta besar-besaran apabila berjaya menghasut dan mempengaruhi pasangan tersebut bercerai. Ingat, kita ini hamba yang lemah, perlu sentiasa bermadu kasih dan memohon pertolongan Allah setiap masa. Perkahwinan melengkapkan separuh agama..
Wah, tak sabarnya rasa nak tunggu tarikh tersebut menjelma! hehe, itula, terasa macam awal sangat aku ni membeli hadiah, Excited la katakan.. he, tapi, itulah, bukannya 'turn' aku yang kahwin, sekadar menumpang kebahagiaan pasangan-pasangan pengatin pun boleh juga la kan..
Gambar: Hadiah yang bakal aku berikan kepada pasangan pengantin baru nanti, Er, terkantoi tanda harga.. Jangan pandang pada harga, tapi nilainya ya..
Agak pening pada mulanya memikirkan hadiah yang berpatutan serta tepat dengan kehendak cita rasa pengantin baru zaman sekarang. Akhirnya, tempat gantung ini juga yang aku pilih. Cantik, dan kemas buatannya. Ok la, aku ni bukannya bekerja lagi, duit pun guna duit PTPTN dahulu. Hehe..
Beli sudah, cuma nak balut pula yang bermasalah, memandangkan aku ni lelaki yang bertangan kurang kemas bab-bab balut, aku minta kedai tersebut yang tolong balutkan. Nak dijadikan cerita, waktu Maghrib sudah masuk waktu tu, jadi aku tinggalkan sahaja hadiah-hadiah tersebut kepada pekerja-pekerja kedai tu balutkan kerana aku nak menunaikan solat fardu. Habis solat, terus bergegas ke kedai tadi untuk ambil semula hadiah yang telah dibalut, tapi..... Huhu, rupanya tak siap lagi balutnyee.. Haih, pekerja tu kata hadiah ni susah nak dibalut ambil masa kerana bentuknya yang tak bersegi petak tepat. Ok lah, biasalah tu, nak yang elok kenalah bersabar : "sabar itu sebahagian daripada iman" (ungkapan2 para ulama').
Alhamdulillah hadiah telah selesai dibalut dan waktu malam telah pun menjelma, aku mula bertolak pulang ke rumah dalam pukul 8.00 malam. Cuaca sudah gelap, enjin kereta aku hidupkan, tapi, lampu depan kereta tak boleh menyala pula.. "MasyaAllah" itu yang keluar daripada mulutku waktu itu.. Dugaan kali ini boleh tahan juga Allah takdirkan padaku.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Alhamdulillah, lampu tinggi masih berfungsi, tetapi aku terpaksa pegang pedal lampu tu sepanjang perjalanan. Lenguh juga jari ini menarik pedal lampu sampai ke rumah.. Sampai juga ke rumah dalam pukul 8.50malam. Hehe, boleh tahan juga laju ya.
Hadiah-hadiah telah aku letak di bilik Kak Aqilah.. Saje letak disitu. Bilik sendiri agak tak teratur.
Syukur pada Allah s.w.t. Akhirnya dapat juga aku belikan hadiah.. Hadiah oh hadiah! Aku harap Allah akan menghadiahkanku syurga.. Syurga firdaus adalah syurga yang paling diidamkan oleh semua umat Islam kerana dalam syurga Firdaus, Allah turut sama tinggal bersama kekasihNya; Nabi Muhammad s.a.w. Bahagianya....
Tersenyum membaca post ni.. =)
ReplyDeleteboleh ana tahu sebabnya anti tersenyum? Syukran kerana sudi membaca
ReplyDelete