Semalam jemaah amin; VIM berhalaqah di suatu tempat yang agak janggal untuk dijadikan tapak ijtima' iaitu KLCC.Hu. Mulanya tak faham juga sebab si murabbi memilih KLCC sebagai tempat untuk halaqah minggu ini. Takkanlah untuk ber'shopping' pula, saje berseloroh, hehe.
Berkumpul pada pukul 2.30pm, tapi bertolak pukul 3.30pm sebab bas lambat tertunda sejam.Hu. Kerana itu, halaqah kami sudah bermula separuh di perhentian bas(hehe) untuk menjimatkan masa. Murabbi ada berpesan untuk membawa sekali kamera,Quran mini, dan buku nota katanya ada 'assignment' nak kena buat. Biasalah, halaqah adalah untuk menimba ilmu,jadi mestilah ada aktiviti.
Berpakaian sederhana, masing-masing tanpa kopiah, yela taknak 'kantoi' dengan masyarakat untuk projek kami nanti. Hu. Sesampai kami ke KLCC, hampir 10 minit lagi nak asar, terus murabbi memberi tugasan.
"Dalam 10 minit sebelum asar ni, ana nak antum ambil 3 keping gambar yang menunjukkan masalah ummat." Kata murabbi.
Apa lagi, kami pun masuklah ke dalam bangunan KLCC. Mencari dan mencari, tiba-tiba dapat satu mesej masuk ke handphone, daripada murabbi: "Semasa berjalan tu, banyakkan istighfar." Amin sekadar tersenyum, meneruskan pencarian.
Terkejut, sedih, risau dan serba-salah saling bercampur dalam ruang hati. Macam-macam masalah, maksiat berleluasa. Melihat kebanyakan masalah yang wujud di situ adalah golongan anak-anak muda remaja. Mereka mengingatkan kepada keadaan diriku dahulu yang ada pernah mengutamakan duniawi. Sedih dan insaf. Di dalam terus beristghfar, dan berdoa agar semua umat kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Kerana teringat lembaran silam membuatkanku benci untuk berada di sana lama-lama. Cepat-cepat ambil gambar dan terus ke surau KLCC. Kami berkumpul di surau, menunaikan solat asar di sana sebelum bergerak ke tempat halaqah.
Setelah itu, kami bergegas keluar KLCC dan bergerak ke kawasan taman berhampiran dengan KLCC. Di situ, halaqah kami bersambung semula setelah berhenti separuh di perhentian bas tadi.(hehe).
Murabbi meminta masing-masing menunjukkan gambar yang diambil dan meminta kami menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah ummat yang terdapat dalam gambar yang kami ambil.
gambar:'Dating' dan tak menutup aurat.
gambar: leka pada hiburan dan keseronokan.
Hm, daripada gambar-gambar di atas, sengaja Amin tak nak tunjuk lebih-lebih, lagipun dah delete terus lepas habis halaqah, tak sanggup tengok gambar-gambar tu.hu.
'Dating' sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, berbeza dengan gaya peradaban zaman ibu bapa kita. Kerana ia dah menjadi kebiasaan, ramai yang jadi lupa bahawa 'dating' tu dilarang Islam, yela, kalau ada sorang dua je couple di KLCC tu mesti malu nak berkepit-kepit macam kembar kan, tapi kalau dah hampir semua pengunjung KLCC tu couple, rasanya yang malu pun jadi berani, dan yang kuat iman pun boleh lemah iman. Siap ada pakai baju 'design' masing-masing sama corak, 'sweet' gitu. Sampai ada yang dah macam suami isteri, hm, tiba-tiba rasa nak kahwin time-time tu juga.(haha) Astaghfirullah.
Apa yang disampaikan ini, adalah teguran untuk diri Amin juga, agar sentiasa berjaga-jaga daripada tergolong dalam golongan hamba nafsu. Na'uzubillah..
Sebelum balik, sempat juga ambil gambar kenang-kenangan.
Gambar: ahli Halaqah, paling kiri: Murabbi. Ada ahli yang lain tak berkesempatan bersama. Semoga Allah mempertemukan kita lagi dalam halaqah akan datang. Amiin.
~Semoga ukhwah kita yang terjalin ini adalah bersandarkan kerana Allah. Kerana di akhirat kelak akan tiba suatu masa tiada lagi naungan yang kecuali hanya naungan Allah, dan antara mereka yang mendapat naungan Allah itu, adalah dua pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga Allah merahmati kita. Amiin~
TQ, WS.
No comments:
Post a Comment