Bismillah,
kali ini, amin hanya mampu buat post ringkas, sekarang dalam keadaan kurang sihat, tapi ingin berkongsi.
"Kukuh macam KLCC." Itulah kata murabbi amin pada halaqah di KLCC yang lepas. He. Masih tak habis dengan KLCC aje amin ni.
Dari zahirnya, KLCC kelihatan gah, tinggi, cantik, moden, maju, dan kukuh. Untuk membina KLCC ini memerlukan plan pembinaan yang mantap. Bahan binaan yang berkualiti dan pekerja yang mahir. Dan yang paling penting cerucuk yang digunakan untuk memastikan KLCC yang tinggi berjela tu juga kukuh.
Apa gunanya cerucuk ni? Cerucuk adalah suatu besi kukuh yang diguna untuk menampung beban sesuatu bangunan. Untuk membina KLCC, cerucuk yang digunakan juga adalah yang kukuh serta panjang mencengkam struktur tanah. Dikatakan bahawa cerucuk KLCC mempunyai panjang separuh ketinggian KLCC. (Fuiyyo!) panjang tuu. hu.
Apa kaitannya KLCC ni dengan tazkirah kali ini?
KLCC ibarat kita, muslim yang sentiasa mencari redha Allah. Muslim yang mempunyai peribadi yang unggul serta penampilan yang bersih adalah muslim yang mempunyai dalaman yang hebat. 'dalaman' boleh dirujuk sebagai cerucuk KLCC tadi. He. Apakah 'dalaman' yang dimaksudkan ini? 'Dalaman' yang dimaksudkan ialah iman dan hati.
Iman dan hati saling berkait dan memerlukan. Hal ini kerana dengan adanya hati, barulah iman dapat dibentuk. Untuk mempunyai iman yang elok dan mantap, mestilah mempunyai hati yang sihat. Bukan mudah untuk mempunyai iman yang mantap. Hati perlu sentiasa dijaga agar kita tidak merelakan hati dikotori oleh pelbagai dosa, mahupun syirik.
Oleh, itu, untuk menjadi seorang yang berwibawa, dalaman itu paling penting. Tanpa dalaman yang elok, luaran hanya ibarat kulit telur yang busuk. Kulit telur yang berfungsi sebagai cengkerang pun sudah tidak boleh melindungi dalamnya kerana telur sudah menjadi telur tembelang.
Jadilah seperti buah durian yang berduri diluar, mempunyai kulit yang keras dan mampu melindungi isinya walaupun jatuh daripada dahan yang sangat tinggi. Mampu menyimpan buah yang enak untuk dimakan seisi keluarga yang mana bermanfaat kepada masyarakat sekeliling. He.
TQ, Ws.
~Sedang mendengar 'Doa seorang kekasih',he..kepala sedang pening sangat, terasa berdenyut-denyut kepala. hu~
Monday, June 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment