Ramai insan mendambakan kehidupan yang mewah dan kaya kerana beranggapan dengan adanya kekayaan, hidup pasti mampu dibelai dengan kesenangan. Itulah penangan nikmat sementara dunia. Hanya semata-semata ingin mencari kemewahan, manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian mereka mempunyai duit yang banyak tercapai. Kerana bagi pencinta dunia, duit ataupun wang adalah faktor utama kesenangan kepada mereka. Namun hakikat sebenarnya nikmat dunia hanyalah sementara dan ia hanya pinjaman oleh Allah kepada manusia untuk menguji tahap keimanan kita.
Gambar: Kereta besar dan mewah sering menjadi idaman insan.
Kisah Leopold Weiss (Muhammad Asad) dalam bukunya Road to Mecca. Dia telah lama berinteraksi dan bersimpati pada orang-orang arab dan Muslim di Timur Tengah dan di sekitarnya, tapi tidak bersedia mengambil keputusan untuk masuk Islam.
Gambar: Leopold Weiss/ Muhammad Asad.
Setelah sekian lama tinggal di negeri Arab, dia akhirnya kembali ke Eropah dan berkahwin dengan seorang wanita di sana. Selepas beberapa tahun kemudian, sesuatu telah membuatnya memutuskan untuk menjadi Muslim. Ketika dia dan isterinya sedang menaiki kereta api dalam perjalanan ke kota, dia memerhatikan mereka yang duduk satu gerabak dengannya. Yang berada di gerabak itu semuanya orang kaya-kaya, tapi dia ada berasa sesuatu yang ganjil terhadap mereka. Weiss kemudiannya berbisik pada isterinya dan memintanya untuk memerhatikan apakah yang ganjil dengan orang-orang di gerabak itu, walaupun mereka kaya tetapi tampak tidak bahagia. Pandangan mereka kosong seolah mereka kehilangan jiwa. Leopold Weiss dan isterinya tertanya-tanya mengapa mereka yang seharusnya hidup penuh kesenangan itu kelihatan tidak bahagia, bukan hanya beberapa orang daripada mereka tapi kesemunya. Mengapa meereka kelihatan tertekan dan menderita dalam hidupnya? Mereka berdua berasa hairan dengan perkara itu. Ketika sampai di rumah, Weiss mendapati al-Quran yang biasa dia baca dan pelajari dalam keadaan terbuka. Dia membelek sekali lalu dan menemukannya dengan halaman yang terbuka, terbentang surah at-Takasur: "Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke kubur."
Entah mengapa, dia berasa ayat-ayat di dalam surah at-Takasur itu merupakan jawapan dari pertanyaan terhadap keadaan yang dilihatnya di kereta api tadi. Dia memanggil isterinya, menunjukkan ayat tersebut dan menjelaskan apa yang dia rasakan. Isterinya juga sependapat dengannya. Kemudian hati Weiss berasa betul-betul yakin dengan kebenaran Islam dan kedudukan al-Quran sebagai petunjuk hidup. Kemudian dia dan isterinya pergi ke Islamic Centre dan mengucapkan syahadat.
Para pembaca yang budiman, ikhlasnya amin tersentuh membaca kisah ini, dan berasa amat bersalah pada diri yang sebelum ini memikirkan soal duit aje. Yela, dahulunya amin berniat menyambung pelajaran ke IPTA untuk memperoleh kerja yang GAJI tinggi belaka. Buat apa-apa perkhidmatan kerja pun kalau boleh mahu diberi upah. Astaghfirullah..
Alhamdulillah, Allah itu Maha Pengasih, dibukannya ruang fikiran amin untuk mengubah konsep kerja yang sering tidak ikhlas kepada 'Lillah Ta'ala'. Allahuakbar, indahnya hidup sebagai muslim mu'min. Ikhlas dalam mengerjakan apa jua pekerjaan. Segala pekerjaan yang ikhlas, Allah ganjarinya dengan kurniaan pahala yang tak ternilai.
Kerana itu, hidup akan diberkati dan dirahmati Allah. Kesannya, mu'min akan memperoleh hidup yang senang di dunia mahupun di akhirat. Itulah dia kelebihan hidup seorang Muslim. Diberi oleh Allah kepadanya kesenangan walaupun hidup dalam kesederhanaan. Semuanya cukup dan tiada keresahan di jiwa menimpa dirinya. Allah membantunya, Allah sentiasa bersamanya. Allahuakbar.
TQ, Ws.
~Sedang membaca buku 'Bila Allah Menduga Kita' di fakulti IRK~
No comments:
Post a Comment