Tuesday, November 23, 2010

Anak-Anak Saudaraku.


    Sahaja kali ini, aku teringin untuk market populariti anak-anak sedaraku. Suka tengok sikap dan telatah mereka, comel dan 'tak matang'. Aku mempunyai 5 anak saudara pada masa ini, dan 3 daripadanya tinggal berjiran dengan rumah ummi. Walid mereka bekerja sebagai ustaz dan ummu mereka adalah ustazah di sekolah yang satu daerah dengan penempatan kami. Oleh itu, 3 orang anak sedara ni setiap hari akan datang melawat rumah 'Mak Tok' mereka ataupun 'opah'. Di sini, mereka menggelarkan opah sebagai 'Mak Tok' ya.

Gambar: 3 adik beradik yang memeningkan kepala.. he dari kiri: Akak Husna, Muhammad, Nuha.

Seronok bila melihat mereka membesar. Melihat keadaan mereka bermula dari bayi dan membesar sebagai kanak-kanak. Anak sulung: Imtiaz Husna bt Wardi Ashraf, kedua: Imran Zaki b Wardi Ashraf, dan ketiga: Imtinan Nuha bt Wardi Ashraf. Mereka ini memang tak boleh dipisahkan. Asyik bersama sahaja. Kalau si akak datang ke rumah kami, mesti adik-adik yang lain terkedek-kedek mengikut. Sikap si akak, selalu usik si abang sampai menangis. Si adik pula selalu berangan macam orang besar. Mereka ni sebenarnya selalu buat semak rumah kami, buat bising, pernah merosakkan harta benda awam rumah kami.. he, Tapi mereka sangat comel dan mempunyai hati yang bersih. Ya, saat buku kira-kira dosa pahala mereka hanya akan dicatit bila tibanya masa akhil baligh mereka sendiri. Saat itu Malaikat Rakib dan Atib akan menjalankan tugas. Ya Allah, rahmatilah keturunanku, berkatikanlah keturunanku..

Gambar tersebut baru aku sahaja tangkap semalam. Betul-betul tak sangka cepat benar mereka membesar. Bagai semalam baru melihat mereka ni pendek di paras pinggang, sekarang sudah meninggi sampai ke dada. Seronoknya membesar. Selamat tinggal zaman pendek. he

Apa yang seronok kalau ada anak-anak sedara seperti mereka ni??? Kalau anda ni tak suka budak-budak, mesti akan rasa rimas atau menyampah. Ya lah, diorang ni betul-betul manja, mengada-ngada, dan suka meminta-minta. Tapi, sebenarnya itulah yang menyeronokkan!! Tahukah anda, kalau kita tak ikut kehendak mereka ni, mesti mereka akan buat perkara bukan-bukan yang menyakitkan jiwa kita.. He, mesti anda tak faham lagi kan tentang apa message ingin aku sampaikan? Sebenarnya, disaat mereka ni menggedik dan meminta-minta, macam-macam gaya diorang buat untuk kita ikut kehendak diorang. LAWAK, LUCU, dan COMEL! Itu yang aku rasakan. Itulah keistimewaan dan keindahan yang Allah ciptakan pada anak-anak kecil. Apa sahaja yang mereka lakukan semuanya kelihatan comel,indah, dan lucu. Hebat bukan? Oleh sebab itu, ramai yang menyatakan "anak-anak adalah perhiasan rumah tangga". Mereka ini selalu meriuhkan suasana rumah kami yang sunyi. Kalau tiada mereka, alamat sunyilah rumah kami ini bagai tiada bertuan. Jujur, percayalah, kalau ada kanak-kanak, suasana akan jadi lebih ceria. Itu yang saya sukakan. Ya, tidak dinafikan kadang-kadang mereka ni ada naik lemak. Tapi, nak buat macam mana, kalau ada perkara yang mereka buat tidak menyenangkan kita, nasihat sahaja. Kalau berkasar, lagi mereka mengganas! Try la kalau tak percaya.


Gambar: Gaya seorang 'puteri' oleh anak saudaraku. Hebat bukan? hehe

Mereka ini menggambarkan siapa kita semasa keci-kecil.. Ya lah, kita tidak mampu ingat kembali bagaimana gaya, sikap dan kecomelan kita semasa kecil bukan? Bagiku, apabila melihat mereka manja-manja dengan orang lebih besar, terfikir aku rupanya ini gaya aku semasa kecil. Ummi pernah cerita padaku, aku ni suka meminta barang untuk dibeli terutamanya robot semasa kecil dahulu. Hehe, mungkin itu sebabnya sampai sekarang aku masih tidak berubah minat pada robot.. Sekarang ni pula, anak sedara yang laki tu pun juga sukakan robot. Lagi la aku jadi rancak main robot-robot di rumah. Seronok bila ada hobi yang sama dengan mereka. Tapi, selalunya robot-robot aku tu akan menerima nasib agak malang: patah sana, patah sini.. Huhu, geram tu perkara biasa la.. Tapi, nak buat macam mana, perkara sebegitu aku sering buat waktu kecil juga. Kalau kenduri di kampung dulu-dulu, aku selalu terpijak hidangan lauk kenduri. Habis lauk di pinggan tu tak boleh dimakan. Masalahnya, aku sekali terpijak ada 3 pinggan yang terkena waktu tu. Astaghfirullah.... Hehe, orang nak marah aku pun tak sampai hati, mungkin sebab aku ni anak ust Mohd Amin dan Ustz Sarah.. Ataupun, hmm mungkin kerana masih cute waktu tu... Hehehe, Gurau aje. Itulah, benda macam tu da terkena balik pada aku. Anak-anak sedara telah berjaya merosakkan harta-harta kesayangan aku..

Anak-anak anugerah tuhan, setiap kelahirannya, pasti ada rezeki yang melimpah ruah Allah kurniakan kepada kita. Bersyukurlah pada amanah tersebut. Ha, kalau laptop ni terbuka lama-lama, nanti adalah tu yang nak tengok movie 'Kamen Rider'. hehe, Assalamualaikum

Monday, November 22, 2010

Hadiah oh Hadiah

Petang semalam aku telah bergerak ke Manjung dan juga Lumut dengan tujuan yang berbeza. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan segala urusanku semalam. Syukur segalanya. Hadiah oh hadiah! Haih, mula-mulanya pening memikirkan tentang hadiah yang patut disediakan sempena perkahwinan Mohd asrar(Abang tercinta) dan Ulfa( Akak tercinta) pada 12.12.2010, bersamaan hari Ahad. Kenduri kahwin akan dilakukan secara berkembar dimana, kenduri kahwin abang dan akak disekalikan pada hari yang sama. Wah, mesti meriah! Teringat pada satu hadis yang terkenal daripada Rasulullah s.a.w:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari).

Indahnya hidup andai benar kita mempunyai pasangan soleh dan solehah, melalui ikatan sah perkahwinan, kita telah mendirikan sebuah masjid. Ia merupakan tanggungjawab yang besar dimana kita wajib menjaga masjid tersebut daripada tercemar atau berlaku kerosakan. Hal ini kerana, pelbagai dugaan dan masalah akan ditempuh oleh pasangan suami isteri. Andainya ada berlaku perceraian, robohlah masjid itu, dan para syaitan akan mengadakan pesta besar-besaran apabila berjaya menghasut dan mempengaruhi pasangan tersebut bercerai. Ingat, kita ini hamba yang lemah, perlu sentiasa bermadu kasih dan memohon pertolongan Allah setiap masa. Perkahwinan melengkapkan separuh agama..

Wah, tak sabarnya rasa nak tunggu tarikh tersebut menjelma! hehe, itula, terasa macam awal sangat aku ni membeli hadiah, Excited la katakan.. he, tapi, itulah, bukannya 'turn' aku yang kahwin, sekadar menumpang kebahagiaan pasangan-pasangan pengatin pun boleh juga la kan..



Gambar: Hadiah yang bakal aku berikan kepada pasangan pengantin baru nanti, Er, terkantoi tanda harga.. Jangan pandang pada harga, tapi nilainya ya..

Agak pening pada mulanya memikirkan hadiah yang berpatutan serta tepat dengan kehendak cita rasa pengantin baru zaman sekarang. Akhirnya, tempat gantung ini juga yang aku pilih. Cantik, dan kemas buatannya. Ok la, aku ni bukannya bekerja lagi, duit pun guna duit PTPTN dahulu. Hehe..

Beli sudah, cuma nak balut pula yang bermasalah, memandangkan aku ni lelaki yang bertangan kurang kemas bab-bab balut, aku minta kedai tersebut yang tolong balutkan. Nak dijadikan cerita, waktu Maghrib sudah masuk waktu tu, jadi aku tinggalkan sahaja hadiah-hadiah tersebut kepada pekerja-pekerja kedai tu balutkan kerana aku nak menunaikan solat fardu. Habis solat, terus bergegas ke kedai tadi untuk ambil semula hadiah yang telah dibalut, tapi..... Huhu, rupanya tak siap lagi balutnyee.. Haih, pekerja tu kata hadiah ni susah nak dibalut ambil masa kerana bentuknya yang tak bersegi petak tepat. Ok lah, biasalah tu, nak yang elok kenalah bersabar : "sabar itu sebahagian daripada iman" (ungkapan2 para ulama').

Alhamdulillah hadiah telah selesai dibalut dan waktu malam telah pun menjelma, aku mula bertolak pulang ke rumah dalam pukul 8.00 malam. Cuaca sudah gelap, enjin kereta aku hidupkan, tapi, lampu depan kereta tak boleh menyala pula.. "MasyaAllah" itu yang keluar daripada mulutku waktu itu.. Dugaan kali ini boleh tahan juga Allah takdirkan padaku.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Alhamdulillah, lampu tinggi masih berfungsi, tetapi aku terpaksa pegang pedal lampu tu sepanjang perjalanan. Lenguh juga jari ini menarik pedal lampu sampai ke rumah.. Sampai juga ke rumah dalam pukul 8.50malam. Hehe, boleh tahan juga laju ya.

Hadiah-hadiah telah aku letak di bilik Kak Aqilah.. Saje letak disitu. Bilik sendiri agak tak teratur.

Syukur pada Allah s.w.t. Akhirnya dapat juga aku belikan hadiah.. Hadiah oh hadiah! Aku harap Allah akan menghadiahkanku syurga.. Syurga firdaus adalah syurga yang paling diidamkan oleh semua umat Islam kerana dalam syurga Firdaus, Allah turut sama tinggal bersama kekasihNya; Nabi Muhammad s.a.w.  Bahagianya....

Sunday, November 21, 2010

BBQ Rezeki Allah



Malam semalam, Allah telah memberi aku dan keluargaku kelapangan masa dan rezeki nikmat makanan yang lazat. Daging itu adalah hasil daripada korban Hari raya Aidil Adha baru-baru ini, kami jadikan sasaran untuk BBQ! yea2! Alhamdulillah.. Sebagaimana yang dianjurkan dalam agama Islam: umat Islam diwajibkan mencari rezeki halal sahaja untuk dimakan kerana antara perkara yang berat disoal di akhirat kelak ialah makanan yang dimakan oleh kita sendiri. Saidina Umar al-Khattab juga ada meninggalkan wasiat kepada kita berkenaan pentingnya penjagaan makanan dimana beliau berpesan : "Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut".




Gambar: Daging sedia untuk diBBQ.


Bahayanya kita jika tersalah mengambil makanan.. huhu memang dulu saya pun ada kurang ambil berat soal kualiti makanan: halal, keluaran produk siapa, kandungan produk, dll... Hesh, terukla nanti aku di hadapan Allah nanti kalau2 ada makanan yang telah menjadi darah daging adalah dari sumber yang kotor, Nauzubillah min zalik.. Di akhirat kelak kita tak mampu nak bela diri kepada Allah kononnya tak ada dalil tentang penjagaan halal haram makanan ni. Sebab sudah terlampau banyak dalil dan ayat al-Quran juga telah diturunkan Allah kepada kita melalui nabi Muhammad s.a.w sendiri dimana: "Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dari apa saja yang terdapat di bumi, dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kalian yang nyata." (QS al-Baqarah [2]: 168).    Takutnya saya tentang ini, mengapa ada pelbagai makanan halal lagi berkhasiat yang Allah kurniakan pada kita, tapi masih lagi ada dalam kalangan muslim memilih makanan yang sebaliknya?

Gambar: Kami sedang memastikan api dan daging dijaga baik agar makanan akan dimasak elok.

Dalam soal makanan ini, sangat mempengaruhi kesan pada sikap, kesihatan, dan minda seseorang. Sebagai contoh mudah, seseorang yang minum arak dan membelinya menggunakan duit yang haram ( sumber pendapatan haram dari aspek Islam ). Sudahla minum arak, duit pun duit yang haram, tentu sekali insan ini mudah diserang penyakit, sikap akan berubah lebih mudah disebabkan mabuk dan akan menkacau-bilaukan hidupnya, serta mindanya sudah tidak waras. Perkara makanan ini tidak boleh dipermainkan kerana, sumber duit yang haram juga boleh mengakibatkan makanan yang halal menjadi haram. Alamatnya, jika seseorang anak mendapat duit belanja sekolah daripada ibu yang bekerja di kelab malam, apabila membeli nasi lemak di kantinpun boleh jadi benak hatinya, kerana telah makan daripada duit yang haram.. Haih, berat2..


 
Gambar: Daging Korban yang sudah siap dimasak. Alhamdulillah. Sedap dan halal.

Huhu, ummi saya selalu berpesan kalau nak beli makanan, perlu lihat faktor halal dan kebersihan, tambah2 lagi selepas hidup berjauh dengan keluarga kerana menuntut ilmu di Gombak ni. Hehe, nampak tak? Penting sangat untuk kita memilih makanan yang terbaik untuk diri sendiri.. Gayanya macam senang je kan? nak pilih makanan yang elok2 ni..  Sebenarnya susah juga.. Memang saya akui, sebab produk makanan yang dibuat oleh cina, or takde tanda halal ni memang selalu nampak sedap.. Kadang-kadang terliur nengoknye.. hehe, Tapi, kita kena fikir jauh-jauh dulu. Takkanla hanya kerana keropok Tam-tam yang tak ada logo halal tu pun sanggup kita nak bersoal jawab dengan Allah kelak?? hehe ya, saya juga akui ada logo halal yang dibuat sendiri oleh syarikat makanan itu sendiri. Oleh itu, semuanya kenalah bergantung pada tuan punya Body lah! 

Jujurnya, saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah telah memberikan nikmat makanan yang baik serta halal kepada saya juga keluarga tercinta. Malam itu kami makan dengan rasa bahagia bersama limpahan kesyukuran tak terhingga padaNya.. Alhamdulillah 

6 wasiat Saidina Umar al- Khattab

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

Friday, November 19, 2010

Bertaubatlah, untuk Keredhaan Allah s.w.t

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)


Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.

Maafkanlah, Hadis Sahih untuk renungan Bersama

         Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

        Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

       Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (HR Muwatta Imam Malik)
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Dosa-dosa meninggalkan solat!!

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..


  • enam perkara di atas dunia




  • tiga perkara sewaktu hendak mati




  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur




  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan Enam perkara seksaan di atas dunia




  • Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya




  • Dikurangkan rezeki di dalam usahanya




  • Tiada dipelihara baginya agama Islam




  • Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya




  • Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.




  • Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya Tiga perkara sewaktu hendak mati
    1. Dimatikan dalam kehinaan
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
    Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
    2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
    3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
      "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
      daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh" Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
  • Daripada Abu Hurairah, rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia". Jom solat khuysuk!

    Thanks God, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

     During listening to music 'Alhamdulillah by Maher Zain'~
             My God! Yes, Allah is my solely god that I make efforts in worship to gain his blessing.. Huhu, I pray to Allah in every after prayer 5 times a day which is compulsory to every mukmin,  praying to Allah: please give us your blessing, please forgive our sins, put us into your heavens and protect us from joining hell member..    


             As a human being, I always feel alone without someone to love. Actually it is newly that I broke up relationship with a girl.. Previous, I really hope that we can end the relationship to the marriage.. Eventhough I was have couple, but we very take care of the limits as a muslim. We have not ever dating..  huhu
             
            Now I am very happy according to my single status(insyaAllah).. At the early, I was covered by sadness.. I take some times to think the positive of what had happened on me. Yes it is, Allah has gives me a chance to exert to find his love.. yes, Im grateful oh Allah!! Now, I determined to focus on worship and be a good muslim.. I've got a message from a friend that said: "just give your heart to God, surely God will find you the best owner, give your time widely to Allah, Allah will organize your life better". Yes, its a simple message but compact of meaning... It makes me thinking, thinking about my decision.. Yes, if  I continuing my life with worshipping Him and get blessing from Him, Im sure that He will give me a great partner. As what has written in al-Quran : "men of good will get a good women and vice versa SIMILARLY ( Annur : 26)"


          At the same time, I still hoping that Allah arranged for me someone that I really know her very well.. I still hoping that one.. InsyaAllah.. For now, I really want to find my Allah love first.. It might be takes times to change into a good muslim, as I now still feel lacking of knowledge in Islam. I cant be someone who feel enough on my worship.. Allah knowledeges are quite broad even we are effort to collect all of sea in the entire world, still can not be enough by Allah knowleges..



          Thanks oh Allah for gives me many chances and help me to find back your way... "Ihdinassiratol mustaqim ~ show us the right way (Al-fatihah : 6)"..  Alhamdulillah, all praises to Allah..

     

    Thursday, November 18, 2010

    10 sahabat dijamin masuk syurga.. Subhanallah

    dakwatuna – “Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” (Qs At-Taubah : 100)
    Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).
    1. Abu Bakar Siddiq ra.
    Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadiets.
    2. Umar Bin Khatab ra.
    Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
    3. Usman Bin Affan ra.
    Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
    4. Ali Bin Abi Thalib ra.
    Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
    5. Thalhah Bin Abdullah ra.
    Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
    6. Zubair Bin Awaam
    Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
    7. Sa’ad bin Abi Waqqas
    Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
    8. Sa’id Bin Zaid
    Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
    9. Abdurrahman Bin Auf
    Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
    10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
    Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

    Kenapa manusia Diuji??

    ana copy post ni daripada blog sahabat.. Renung-renungkan..

    Kenapa Kita Diuji ya??

    QURAN MENJAWAB :
    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
    (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

    KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN

    QURAN MENJAWAB :
    "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
    (Surah Al-Baqarah ayat 216)

    KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    QURAN MENJAWAB :
    "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
    (Surah Al-Baqarah ayat 286)

    KENAPA RASA FRUSTASI?

    QURAN MENJAWAB :
    "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
    (Surah Al-Imran ayat 139)

    BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    QURAN MENJAWAB :
    "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
    (Surah Al-Baqarah ayat : 45)

    APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

    QURAN MENJAWAB :
    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... "
    (Surah At-Taubah ayat : 111)

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    QURAN MENJAWAB :
    "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
    (Surah At-Taubah ayat 129)

    AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

    QURAN MENJAWAB :
    "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
    (Surah Yusuf ayat 12)
    Posted by Picasa
    i cant sleep early  tonite due to my restless ... I dont know how to explain the feeling....

    Shame Nature Make Good

    Hadith:He s.a.w. said, which means:"The nature of shame that would result in good."

      
    Narrated by Al-Bukhari and Muslim
     
    Explanation:1. Shame is an admirable trait. Whoever owns it will escape from all evil because of the shame we will not do any harm.2. Timidity will also raise up those who have faith.

    Untuk Iktibar: Kisah iktibar

    Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.
    Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. “Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
    Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
    Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
    Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
    Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

    first post

    Bismillah, this is my new blog. Actually I already have one, but I want to leave it for several reasons.. This blog, I want to cure all my feelings; I want to share everything that I like to share either my happiness or sadness into the blog as public.. I hope by this, I can have many friends entire of world as my readers... Thanks.. I will appreciate every comments and followers on my new blog..