Sudah lama rasanya Amin tak mengeksprasi rasa hati menggunakan BM dalam blog ni. Hu. Kali ini, Likes Sharing(LK) ingin berkongsi kepada para pembaca soal hati. Tetapi ia berkaitan dengan tiga hati, iaitu tiga jenis hati.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi, seorang ilmuan Islam yang tersohor ada menyatakan manusia ini mempunyai hati, yang mana terdiri daripada 3 jenis hati. Tiga jenis hati yang dimaksudkan ialah hati yang hidup, hati yang sakit, dan hati yang mati.
LK ingin berkongsi kepada para pembaca satu analogi berkaitan dengan fakta yang telah diperkatakan oleh Ibnu Qayyim tersebut:
Analogi:
- Terdapat 3 jenis gelas, di dalamnya mengandungi 3 jenis air minuman, iaitu air mineral, air teh, dan kopi.
- Masukkan sudu besi ke dalam gelas-gelas yang berisi air tersebut.
- Kelihatan gelas berisi air mineral membolehkan sudu terlihat dengan sangat jelas berbanding dengan sudu di dalam air teh yang mana terlihat kurang jelas. Namun, apabila sudu dimasukkan ke dalam gelas berisi kopi, ternyata sudu langsung tidak kelihatan.
Petunjuk Analogi :
- 3 jenis air tadi iaitu air mineral merujuk kepada hati yang hidup, manakala air teh merujuk kepada hati yang sakit, dan kopi pula merujuk kepada hati yang mati.
- Sudu pula merujuk kepada dosa.
Rasanya, pembaca sudah boleh mentafsir sendiri maksud analogi ini bukan? Hm, baguslah jika begitu. Ok, maksud yang ingin disampaikan berdasarkan analogi tersebut adalah merujuk jenis-jenis hati yang ada pada setiap insan.
Air mineral akan menampakkan sudu dengan jelas. Analogi ini bermaksud jika seseorang insan itu mempunyai hati yang hidup, dia akan menyedari dengan pantas andainya dia telah melakukan dosa. Oleh yang demikian, dengan segera dia pantas beristighfar dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukannya itu. Dia menyesali atas perbuatannya itu dan bertekad tidak akan melakukan dosa tesebut semula.
Manakala, air teh pula menampakkan sudu dalam keadaan yang kabur dan samar-samar. Analogi ini pula bermaksud jika seseorang itu mempunyai hati yang sakit, dia dapat berasa yang dia telah melakukan sesuatu yang berdosa,dia sedar dia telah melakukan dosa. Namun, dia melambatkan taubat ataupun mengendahkan dosa yang telah dilakukannya itu. Insan seperti ini sungguh kasihan dan berada dalam keadaan yang kritikal kerana hatinya boleh berubah ke arah hati yang mati. Seharusnya ada murabbi yang perlu membimbingnya.
Terakhirnya, air kopi pula langsung menenggelamkan kehadiran sudu, sehingga sudu langsung tidak kelihatan didalamnya. Analogi ini bermaksud seseorang yang mempunyai hati mati. Na'uzubillah.. Insan berhati mati tidak berasa langsung yang dia telah melakukan dosa, bahkan dia berasa puas dengan dosa yang telah dilakukannya itu. Apa yang lebih teruk, insan ini mendorong insan-insan yang lain untuk melakukan dosa juga. Na'uzubillah.. Oleh yang demikian, hidupnya terus larut dengan duniawi dan mengejar kenikmatan materialistik..
Para pembaca yang dikasihi LK, ayuh kita bersama-sama muhasabah diri. Kenalilah hati kita, adakah hati kita sedang hidup? atau sakit? Moga-moga tidak pula mati. Na'uzubillah..
Ketahuilah, seorang mukmin, apabila dia telah melakukan dosa, dia berasa bagaikan gunung-gunung datang menghempap dirinya, manakala seorang yang fasik apabila melakukan dosa, dia berasa bagaikan lalat yang sedang menggihap ke dihidungnya, lalu dia menguis tanganya untuk menghalau lalat itu.
Beristighfarlah selalu, moga-moga kita senantiasa mengingati Allah. Ingat Allah, pasti takut untuk membuat onar dosa. Astaghfirullah..
Sesungguhnya apa yang amin sampaikan ini adalah teguran untuk diri amin sendiri, terus dikongsi para pembaca. Semoga tazkirah ringkas ini dapat membuka ruang hidayah untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang syumul. amiin.. Wallahu'alam..
~Credit to Murabbi for giving to many advices: Akhi Hamidi, may Allah guide us. amiin.~
TQ, Ws.
No comments:
Post a Comment